• Wed. Oct 4th, 2023

Travel Bubble Genting Highlands, Melaka dan Pulau Tioman 1 Oktober

Travel Bubble Genting Highlands, Melaka dan Pulau Tioman 01 copy

Travel Bubble Genting Highlands, Melaka dan Pulau Tioman dijangkakan akan bermula pada 1 Oktober 2021. Tiga lokasi popular ini aan bergabung menjadi gelembung perjalanan Malaysia dan boleh dibuka semula kepada pengunjung, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri hari ini. Beliau menyatakan bahawa tiga lokasi yang diumumkannya hari ini akan mendapat persetujuan, selepas itu dia akan membentangkan perkara itu di Parlimen.

“Tetapi, Insya Allah, mungkin esok, semua ini akan ditambah dan kami telah memberikan dua minggu ini supaya destinasi ini dapat bersiap untuk mula beroperasi semula,” kata Nancy semasa sidang media bersama di Parlimen dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Baca : Hotel Murah dan Paing Best di Pulau Tioman

Travel Bubble Genting Highlands, Melaka, Pulau Tioman

 


Travel Bubble Genting Highlands, Melaka dan Pulau Tioman 1 Oktober

Travel Bubble Genting Highlands, Melaka dan Pulau Tioman 01 copy

Travel Bubble Genting Highlands, Melaka dan Pulau Tioman 02
Cuti-Cuti Genting Highlands

 

Selepas pengenalan kepada Travel Bubble ke Langkawi pada 16 September 2021, ia menampakkan kesan positif kepada sektor industri pelancongan tempatan. Sekaligus, ia akan memberi impak domino kepada semua pemain industri pelancongan di Malaysia, tak kira yang berada di Langkawi, Genting Highlands, Melaka, Tioman.

Malah, jika program seperti ini berjaya, ia mempunyai masa depan yang lebih cerah untuk lokasi pelancongan popular di Malaysia kembali aktif seperti sedia kala dengan mengikut SOP ketat untuk mencegah penularan wabak virus Covid-19.
 

Travel Bubble Genting Highlands, Melaka dan Pulau Tioman 03
Cuti-Cuti Pulau Tioman

Travel Bubble Genting Highlands, Melaka dan Pulau Tioman 04
Hotel di Pulau Tioman

 

Genting Highlands, Melaka dan Tioman dijadikan satu lagi petanda aras untuk pihak kerajaan dalam kembali membuka sektor pelancongan domestik. Pilihan destinasi popular pelancongan di Malaysia ini untuk mengembalikan kenyakinan kepada semua supaya boleh melancong, tetapi dengan mengikuti syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Pemain industri, Agensi Pelancongan dan juga pelancong telah berkali-kali diingatkan supaya sentiasa bersedia dan mengikuti arahan yang dikenakan semasa tempoh percutian mereka untuk kebaikkan bersama.

Semoga perancangan untuk mengembalikan aktiviti pelancongan di dalam negara ini akan berjaya dengan langkah-langkah SOP yang tertentu. Dengan ini, ia akan mengembalikan zaman kegemilangan pelancongan domestik di Malaysia untuk sama-sama kita nikmati keindahan negara yang tercinta.

Selamat Bercuti, sila jaga SOP yang telah ditetapkan dan pastikan kita sentiasa menjaga antara satu sama lain dimasa program Travel Bubble Genting Highlands, Melaka dan Pulau Tioman.

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

2 thoughts on “Travel Bubble Genting Highlands, Melaka dan Pulau Tioman 1 Oktober”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.