Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Travel Bubble Ke Langkawi Bermula Hari Ini 16 September 2021

Travel Bubble Ke Langkawi Bermula Hari Ini 16 September 2021. Mengikut info yang kami dapat, seperti goreng pisang panas, ada lebih dari 200,000 tempat duduk ke Langkawi sudah terjual dalam masa kurang daripada seminggu. Muatan penerbangan penuh 100 peratus dalam penerbangan pertama ke Langkawi petanda lantunan semula perjalanan udara domestik.

1,520 penumpang berlepas menerusi 18 penerbangan ke Langkawi, Kedah Darul Aman. Kesemua penerbangan itu melibatkan empat penerbangan Malaysia Airlines (MAS), satu penerbangan Malindo Air dan tiga AirAsia.

Mengikut syarat SOP yang telah ditetapkan, ada penumpang telah membawa kit ujian kendiri untuk air liur dan ada pula yang membeli daripada kaunter jualan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) sebelum dibenarkan untuk menaiki penerbangan.

Baca : Bila Tarikh Pembukaan Gelembong Pelancongan Ke Langkawi

Travel Bubble Ke Langkawi

 


Travel Bubble Ke Langkawi Bermula Hari Ini 16 September 2021

Travel-Bubble-Ke-Langkawi-Bermula-Hari-Ini-16-September-2021-01
 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Datuk Seri Hajah Nancy Haji Shukri menyatakan bahawa pihaknya menyasarkan seramai 200,000 pengunjung ke Pulau Langkawi sehingga hujung tahun bermula hari 16 September 2021.

Untuk SOP program perintis pelancongan ini, pihak berkenaan akan memastikan segala SOP wajib diikuti dan dirangka sebaiknya. Sekiranya, ada individu yang dikesan positif COVID-19 sebaik sahaja tiba di Pulau Langkawi akan dibawa ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bagi proses penilaian lanjut dan akan diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 10 hari.
 

Travel Bubble Ke Langkawi Bermula Hari Ini

Travel-Bubble-Ke-Langkawi-Bermula-Hari-Ini-16-September-2021-02
Gelembong Pelancongan Langkawi

 

Untuk tempoh kuarantin, pelancong boleh membuat pilihan untuk melakukannya di hotel ataupun di Pusat Kuarantin dan Rawatan (PKRC) di Lapangsasar Antarabangsa Langkawi Malaysia (LISRAM).

Namun, sekiranya ada pesakit COVID-19 menjadi semakin teruk, mereka akan dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi bagi menjalani rawatan yang sepatutnya.

Jika pesakit berada di stage 1 atau 2, mereka meyediakan Pusat Kurantin. Pesakit boleh memilih kuarantin di hotel atau ke LISRAM. Tetapi, mereka yang terlibat kena tinggal 10 hari di pusat kuaranti sebelum boleh dibenarkan balik. Semua SOP wajib telah disusun oleh KKM dalam pasukan, task force diketuai oleh Pegawai Daerah Langkawi. Susunan semua stage itu mengambil kira semua kemungkinan termasuk ada yang terlepas.

Baca : Tempat-Tempat Menarik Di Pulau Langkawi

Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Kedah turut mengharapkan agar pelancong yang masuk ke Pulau Langkawi dapat menjaga kebersihan agar tidak berlaku sebarang kes membabitkan lokasi tumpuan menjadi kotor seperti yang berlaku di beberapa negeri lain sebelum ini.

Tambahnya, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan pelancong dan pemain industri juga perlu menjadi keutamaan agar Langkawi menjadi contoh terbaik sebelum pembukaan lokasi pelancongan yang lain.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.