Travel Makes You Smarter – Kembara Buatkan Anda Lebih Bijak
|Satu fakta yang ternyata sudah lama terbukti, Travel Makes You Smarter – Kembara Buatkan Anda Lebih Bijak. Ia bukan setakat ayat kosong yang mengagungkan sesiapa yang selalu ‘travel’ tetapi ia satu cabaran untuk semua, supaya berusaha, pergilah melancong.
Bila sebut ‘travel’ ia bukan bermaksud kembara keluar negara, tetapi lebih kepada maksud sebenar, keluarlah dari kepompong biasa dan cari sesuatu yang baru. Kalau bajet kecil, cukup hanya kembara di negeri sendiri, lihat dunia di kampung lain, daerah lain, negeri lain. Kalau ada bajet yang cukup, lihat dan rasai kelainan dan persamaan yang ada di negara orang.
Travel Makes You Smarter – Kembara Buatkan Anda Lebih Bijak
Travel tak perlu jauh, kalau dapat ke luar daerah lihat budaya lain itu sudah cukup
Baca : MrJocko dan Travel Packages
Pengalaman sendiri saya, pertama kali travel ke Jakarta dan Bandung di Indonesia, cukup membuka mata tentang istilah kenali dunia luar. Kalau sebelum itu, kita hanya kenal budaya sekeliling kita, kena budaya kampung sendiri seperti budaya orang Kelantan, kenal budaya orang Negeri Sembilan yang penuh adat, kini kenali dunia yang betul-betul baru, orang Indonesia yang punyai puluhan jenis budaya dan bahasa berbeza.
Tersentak sekejap!!! Ada yang agamanya Islam, tapi budayanya jauh berbeza dengan budaya orang Malaysia.
Selepas itu, dengan perjalanan dan pengalaman kenali negara orang seperti Thailand, Singapura, Vietnam, Jepun, Korea, China, Australia dan banyak lagi, saya sendiri lebih terbuka mata melihat bukan sahaja dengan mata kepala, tetapi dengan mata hati.
Masa di Australia, saya menggunakan AirBNB di Perth, sebuah rumah keluarga. Tub mandi Mat Saleh ni, kalau kita guna, kena pastikan supaya tidak melimpah dan tidak basah becak. Kalau boleh, kena keringkan selepas guna. Bukan seperti kita orang Malaysia, kalau mandi, mesti melimpah ruah air merecik sana-sini.
Budaya orang Jepun, kalau kita berjanji, seeloknya kena awal 10 minit. Kalau kita datang sharp on time, dah kira ‘tak bagus’. Kalau kita di Malaysia, janji jam 10.00am, selalunya sampai jam 10.30am kan?
Bila kita kenal sedikit tentang orang lain yang bukan dari kalangan budaya kita, buka dari kalangan agama kita, sedikit sebanyak kita akan cuba hormati privasi dan hidup mereka. Pastinya, selagi tidak melangkaui batas agama kita.
Travel Can Makes You Wiser – CNN
Ya, bila kita banyak kembara ke luar negara, kita akan lebih cerdik berbanding sebelum ini. Tak kira dari segi memahami budaya luar, mengenali dunia yang sebenarnya bukan sahaja kita seorang sahaja yang menghirup udara tetapi kita berkongsi dunia yang sama, tetapi budaya dan fahaman berbeza.
Banyak kali saya syorkan, ada peluang pergilah melancong. Anda akan terpesona dengan apa yang ada di luar sana.
Betul tu tuan. Banyak perkara yg kita pelajari bila melancong samada lokal mahupun luar negara.
Betul tu bro,,, Ada rezeki, jom la travel 🙂
InshaAllah. Sedang dalam perancangan.