Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Travel Info Pengalaman Berada Di Narita Airport

Sebenarnya, sejak dari awal tahun lagi nak share pengalaman ketika bercuti di Jepun pada tahun 2011. Masih banyak lagi cerita yang belum MrJocko kongsi dengan pembaca. Kali ini nak share Travel Info Pengalaman Berada Di Narita Airport.

Tup-tup lepas raya, ada berita yang belum sahih, berita baik dan ia semakin menjadi kenyataan berkenaan dengan ‘Jepun’. Harap member-member doakan semoga apa yang MrJocko harapkan ini akan menjadi kenyataan sekali lagi. Amin.

Berbalik kepada cerita Jepun, MrJocko nak kongsi pasal Lapangan Terbang Antarabangsa Narita (Narita Airport).

Baca : Narita Airport

 

Pertama kali sampai di Narita Airport merupakan pengalaman terbaru. Saiz Narita Airport ni mungkin tak sebesar KLIA kot, kerana masa MrJocko jalan keluar dari pesawat, sekejap jer sampai dah kat ruang Imigresen. Dari segi pengurusan kemasukkan penumpang dan imegresen memang berbeza dengan KLIA atau LCCT. Nampak kat Narita Airport lebih advance dan canggih. Ada beberapa step yang menjadikan flow ketika nak ‘chop’ passport tu lagi cepat dan tak perlu que panjang. 

 

Travel Info Pengalaman Berada Di Narita Airport

 

Travel Info Pengalaman Berada Di Narita Airport

 

Lebih kurang 10 minit, urusan imigresen selesai dan boleh terus ke bahagian pengambilan bagasi. Yang ni, lebih kurang airport KLIA atau LCCT jer. Yang pasti, kat sini masih ada WIFI Percuma untuk kegunaan orang awam yang berada di terminal Airport.

Dalam masa menunggu urusan grup tour kami selesai, ada dalam 3 rakan kami di sapa oleh Polis Airport dan  diminta untuk menunjukkan dokumen perjalanan. Nampak officer tu sangat lembut dan berbudi bahasa. Pegawai tu, semak dan tak sampai seminit semua selesai. Nampaknya Polis Airport tu hanya buat ‘random checking sahaja’. Di KLIA atau di LCCT jarang nampak keadaan macam ni, kan???

 

 

Memang urusan kami untuk melepasi Imigresen dan Kastam sana memang cepat. Turutan dan flow yang ada di Narita Airport dari masa turun dari flight sehingga ke ruang Ruang Ketibaan rasanya lebih bagus dari flow di KLIA dan LCCT. Harap lepas ni, di KLIA dan LCCT akan lebih cepat, mudah dan terbaik dalam urusan mengendalikan urusan Imigresen dan Kastam.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.