Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Travel Tips Adab Bergambar Dengan Orang Jepun

Jepun semestinya negara yang wajib korang lawat jika ada kemampuan. Tidak hanya dengan kemajuan teknologi, budaya masyarakat Jepun, sangat jauh mendahului kita di Malaysia. Secara asas, setiap orang Jepun ada nilai-nilai disiplin yang tinggi dan sebenarnya mereka peramah dan sangat membantu. Sebab itu, kalau berkesempatan, cubalah bergambar dengan orang Jepun, mesti mereka akan gembira. Ini Travel Tips Bergambar Dengan Orang Jepun yang mungkin anda boleh cuba.

Seperti juga rakyat negara lain, mereka sebenarnya suka dengan kedatangan pelancong ke negara mereka. Selagi kita datang untuk melancong dan tidak membuat onar, kita sentiasa dialu-alukan untuk melihat sendiri kemajuan negara Matahari Terbit ini.

Adab Bergambar Dengan Orang Jepun

Baca : Cara Beli Tiket Murah Ke Negara Jepun

 


Travel Tips Bergambar Dengan Orang Jepun

Tips_Bergambar_Dengan_Orang_Jepun_01 copy

Tips_Bergambar_Dengan_Orang_Jepun_02
 

Rata-rata orang Jepun sebenarnya peramah. Bezanya cuma ramai antara mereka tidak begitu fasih dan kisah untuk berbahasa Inggeris atau bahasa lain. Bahasa menjadi penghalang. Namun, dengan hanya menggunakan beberapa isyarat yang mudah, anda pasti boleh memikat mereka untuk bergambar atau selfie bersama mereka sebagai kenang-kenangan.

Langkah-langkah asas yang perlu anda buat :

1. Sapa mereka dengan baik. Mulakan dengan perkataan Konnichiwa (こんにちは) yang bermaksud, ‘Hai’.

2. Panjangkan lagi dengan ayat lebih mesra dengan Ogenkidesuka (お元気ですか) yang bermaksud, ‘Apa Khabar?’

3. Kemudian, tunjukkan smartphone anda dan lakukan isyarat untuk mengambil gambar. Sebut sahaja Gazo (画像) atau sebut Pictures sudah cukup.

4. Selesai ambil gambar, ucapkan ‘Terima Kasih’ Arigato Gozaimas (ありがとうございました)

InsyaAllah, kebiasaanya mereka akan kata Okay jika mereka tidak sibuk atau ketika waktu bekerja.

Namun, elakkan dari meminta bergambar di beberapa lokasi atau keadaan seperti :

1. Di tengah kesibukkan laluan jalan raya atau kaki lima seperti di Shibuya Crossing

2. Ketika mereka sedang sibuk bekerja

3. Ketika dalam keretapi

4. Ketika mereka sedang membeli belah

5. Ketika sedang makan

Tips Bergambar Dengan Orang Jepun

Sama juga dengan kita, dalam beberapa keadaan, tidak sesuai untuk bergambar, begitu juga mereka di sana. ‘Common Sense’ sahaja dan ia mudah sahaja nak faham dari riak muka dan keadaan mereka. Namun, secara mudah, nak bergambar dengan mereka tidak ada masalah cuma biar kenal masa dan tempat.

Tambah-tambah lagi, jika mereka sedang dalam memperagakan pakaian tradisional Jepun seperti Kimono, pakaian Anime Cosplay dan beberapa acara lain, pasti mereka tidak akan menolak.

Boleh dah rancang perjalanan anda dan keluarga ke negara Jepun jika sempadan negara dibuka nanti. Kami buat private tour, boleh bawa korang ke Jepun dengan kos RM3,500 sahaja untuk satu kepala, termasuk tiket penerbangan, penginapan dan makan minum. Berminat nanti boleh cari kami ya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.