Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tren Gerabak Baru Komuter beroperasi Jun 2012

 

 

 

 

Aku jarang sekali menggunakan servis perkhidmatan Komuter KTM walaupun pejabat aku sekarang cuma sekangkang kera saja dengan stesen Komuter ni. Pasal sebelum ni, pandangan aku kualiti servis dan perkhidmatan komuter ni sangat la perlahan dan dibawah standard yang sepatutnya.

 

 

 

Tren lambat, delayed, penuh dengan penumpang, aircond rosak dan macam-macam lagi. Tetapi berita yang baru diterima semalam mengatakan KTM sudah bersedia untuk upgrade Tren Gerabak Keretapi Komuter yang sedia ada dengan gerabak baru. Sebanyak 98,000 pengguna di sekitar Lembah Klang bakal menikmati perkhidmatan komuter lebih berkualiti apabila 38 set Tren Enam Gerabak (SCS) diperkenalkan sepenuhnya oleh Keretapi Tanah Melayu Bhd, (KTMB) Jun 2012.

 

Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter KTMB, Mohd. Hides Yusoff berkata, satu set tren itu yang mempunyai enam gerabak mampu memuatkan sebanyak 1,100 pengguna pada satu-satu masa selain mengurangkan waktu menunggu untuk setiap hentian daripada 30 minit kepada 10 minit.

 

”SCS berbeza daripada Koc Tiga Gerabak (EMU) seperti digunakan pada hari ini kerana tren baharu mempunyai kelajuan 140 kilometer (km) sejam berbanding 80 km sejam bagi komuter lama”

 

Harap-harap dengan peningkatan Tren Gerabak Baru Komuter dan upgrade Tren Enam Gerabak Komuter ni akan memberi faedah dan khidmat yang lebih baik kepada pengguna-pengguna Komuter. Ia sebenarnya lebih penting dalam meningkatkan kualiti ‘perjalanan’ pelancong sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Kalau di jaga dengan baik, ia akan meningkatkan lagi penggunaan komuter dikalangan pelancong asing di sekitar Kuala Lumpur, Selangor sehingga ke Seremban.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.