Trend Sekarang Ragut Pakai Parang Kah?
|
Terkejut juga bila baca berita semalam di Kota Bharu ada seorang wanita mengalami kecederaan serius akibat kes jenayah, kejadian ragut di sana. Katanya akak tersebut di tetak dalam kejadian cubaan meragut beliau oleh penjenayah bermotosikal.
Selalunya kita lihat mereka meragut, menarik dan merentap beg tangan wanita, tetapi kes semalam lagi ganas apabila penjenayah bertindak menetak tangan akak tersebut dengan senjata tajam, di percayai parang. Akibatnya, akak tersebut cedera parah dan tangannya hampir putus, MasyaAllah.
Camana ni? sampai begitu sekali jenayah di Malaysia sekarang ni. Manusia yang berstatuskan penenayah ini semakin berani dan semakin ganas hingga kes ragut pun sudah pakai parang panjang. Kalau macam ni, rasanya kita semua kena lebih berhati-hati kerana bahaya sudah ada di mana-mana. Penjenayah, hanya mencari mangsa dan menunggu masa yang sesuai.
MrJocko.com