Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cerita Trip 2011 Gambar Menarik Semasa Di Tokyo

Cerita Trip 2011 Gambar Menarik Semasa Di Tokyo. Semasa mengemas folder dalam External hard Disk, sempat melihat balik gambar-gambar semasa Trip ke Tokyo pada tahun 2011. Masa tu MrJocko sertai NSC Trip ke Tokyo selama 5 hari 4 malam. Memang terbaik dan ia pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan kerana menjejakkan kaki ke sebuah bandaraya  yang pernah di kategorikan sebagai Bandar yang TERMAHAL di dunia.
Itu lah bandaraya Tokyo. Sebuah bandaraya dan pusat bagi negara Jepun. Memang luas dan sana sini memang ada bangunan-bangunan yang moden di sulami dengan bangunan lama yang masih cantik dan tersergam indah. Cara hidup masyarakat di Tokyo amat berbeza dengan kehidupan di Kuala Lumpur. 
Seawal jam 4.30 pagi, matahari dah terbit dan suasana dingin memang terasa dari pagi, hingga ke malam. Kalau pemandangan biasa, kita tak akan lihat ramai manusia di kaki lima bangunan. Ada la seorang dua atau sekumpulan remaja yang berjalan dan kita akan andaikan bahawa bandar Tokyo seperti tak ada orang. Tetapi, jika kita masuk ke Underground di bahagian rangkaian LRT, MRT atau keretapi laju, anda akan terkejut kerana melihat ramainya manusia di bawah sana tidak seperti di atas.
Banyak koleksi gambar-gambar yang MrJocko rasakan menarik dan menjadi pilihan untuk dikongsi di sini. Antaranya gambar Ibu dan anak menaiki basikal, gambar seorang pengasuh yang membawa anak-anak asuhan beliau berjalan, aksi menggunakan public phone di Tokyo, Gambar lelaki Tokyo bertaur untuk membeli Nombor Ekor barangkali, Basikal yang menjadi antara kenderaan asas di Jepun, Ragam Pemandu Bas dan juga Balai Polis di Tokyo. 

Banyak lagi gambar menarik semasa di sana dan ia sememangnya membuka minda MrJocko bahawa, mereka sememangnya jauh kehadapan mendahului kita. Dari segi teknologi, budaya malah peradaban memang kita jauh ketinggalan. 
Mungkin secara pandangan peribadi, kita akan mencapai tahap yang mereka ada sekarang dalam masa 50 tahun akan datang. Ini jika kita ambil dengan situasi negara kita sekarang. Namun, jika dengan perancangan dan pengurusan kerajaan dan manusia yang baik, tidak mustahil kita akan mengikut mereka lebih awal dari yang dijangkakan…
Malaysia kan Boleh…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.