Trip Bajet Ke Tokyo : Travel Lawak Part 1
|Selepas beberapa teaser yang telah MrJocko kongsi tentang Trip Travel Lawak ke Tokyo, kini tiba masa MrJocko kongsi cerita travel kami ke Tokyo pada bulan Mei 2015. Trip kali ini kami namakan Trip Bajet Ke Tokyo Travel Lawak #TravelLawak kerana bersama-sama kami adalah Man Raja Lawak, Juara Raja Lawak Musim 5.
Perjalanan kami bermula dari Stesen KLIA Ekspres di KL Sentral dimana MrJocko, Hafidz, Mie dan Man Raja Lawak berkumpul. Seterusnya, bersama-sama menaiki KLIA Ekspres menuju KLIA2 untuk urusan Check-In. Sebaiknya kalau nak travel jauh seperti ini, MrJocko lebih suka untuk sampai lebih awal, biasanya 3 jam awal, bagi mengelakkan masalah.
Baca : Tempat Best Best Di Tokyo Jepun
Trip Bajet Ke Tokyo : Travel Lawak Part 1

Alhamdulillah, urusan check-in kami di kaunter AirAsia mudah dan dipermudahkan kerana seat kami di’upgrade’kan ke bahagian tengah. Terima kasih AirAsiaX.
Penerbangan AirAsiaX dari KLIA2 menuju Tokyo Haneda ini memakan masa sekitar 6 jam 30 minit. Untuk info, AirAsiaX ini menyediakan satu pernerbangan pergi dan balik setiap hari untuk destinasi KL – Tokyo Haneda. Sebaiknya, jika nak travel ke Tokyo, lapangan terbang Haneda adalah paling mudah untuk anda guna untuk akses ke bandar Tokyo.
Sepanjang penerbangan kami ke Tokyo Haneda, tiada masalah Air Pocket atau Air Turbulence yang teruk. Lebih selesa kerana semasa penerbangan ke Tokyo Haneda, banyak tempat duduk yang masih kosong dan kami selesa tidur di ruang yang agak luas :).
Menu makan kami di atas penerbangan, MrJocko makan Mamee Chef Mee Segera, Pringles dan juga Kopi sebagai alas perut. Alhamdulillah, kenyang…
Penerbangan kami dari KLIA2 bermula pada jam sekitar 2.30 petang dan kami selamat sampai di Tokyo Haneda pada jam 10.30 malam waktu Jepun. Nampaknya semua dipermudahkan dan urusan clearance di Imigresen Airport pun agak mudah dan cepat. Dalam jam 11.00 malam, semua selesai dan kami terus bergegas mendapatkan LRT menuju ke hotel kami di Higashi Jujo.
Untuk info, bagi anda yang sampai di Tokyo Haneda Airport, anda boleh mendapatkan laluan LRT atau Monorel di Haneda Airport menuju ke Pusat Bandar Tokyo.
MrJocko menaiki LRT dari Haneda Airport (Keikyu Line) menuju ke Hamamatsucho untuk mendapatkan LRT (Yamanote Line) menuju ke Setesen Higashi Jujo, tempat di mana kami akan menginap.
Jadi, jika anda menaiki penerbangan AirAsiaX menuju Haneda Airport, InsyaAllah anda akan sempat menaiki LRT menuju tengah bandar Tokyo menggunakan jaringan LRT, Monorel, Subway atau Shinkansen di Jepun.
Alhamdulillah, kami selamat sampai di hotel pada jam 12.30 malam dan untuk malam pertama di Tokyo sempena Trip Bajet Ke Tokyo Travel Lawak ini, masa untuk berehat sebelum meneruskan pengembaraan kami esok pagi.
Bersambung… Trip Bajet Travel Lawak Ke Tokyo Part 2
bila lah dapat nak jejakkan kaki ke luar negara ni..
InsyaAllah ada la rezeki tu,,, cuba dulu sekali, insyaAllah demo akan tahu cara mudah dan murah untuk travel 🙂