Site icon Travel Blogger Malaysia

Trip Bajet Ke Tokyo : Travel Lawak Part 2

Masih lagi dengan cerita Trip Bajet Ke Tokyo Travel Lawak Part 2 . Hari kedua MrJocko di Tokyo untuk pakej Travel Lawak ini kami mulakan dengan meneroka di Ueno Street. Dari hotel kami, kami menaiki LRT menuju ke Stesen Ueno menggunakan Yamanote Line. Senang sahaja kerana hanya 3 stesen sahaja sudah sampai ke Ueno.

Di Ueno Street Tokyo ada banyak yang menarik. Lokasi pertama yang kami singgah sudah pasti di Hard Rock Cafe Ueno yang berada di dalam Stesen Ueno. Untuk sementara ni, kami singgah sekejap untuk buat survey nak beli apa. Balik nanti senang nak beli mana satu yang berkenan.

Baca : Rahsia Tempat Beli G-Shock Murah Di Jepun

 



 

Trip Bajet Ke Tokyo Travel Lawak Part 2

Trip Bajet Ke Tokyo Travel Lawak Part 2
Stesen UENO, Tokyo

 

 

Harga T-shirt Hard Rock Cafe Ueno yang biasa dijual tu hanya sekitar Yen 2500 – Yen 3500 sahaja. Nak kata murah, kira murah jugak la berbanding T-shirt Hard Rock Cafe Venice, Paris dan juga Amsterdam kata member MrJocko. Sebab itu, kalau anda peminat T-shirt Hard Rock Cafe, memang boleh beli kerana harganya yang murah.

Memandangkan kami sampai di sana pada waktu tengahari, kami pilih untuk makan Kebab di Ameyokocho Market. Lokasi yang pernah MrJocko singgah tahun 2012, iaitu Doner Kebab. Semua memilih pakej Yen 600 untuk satu kebab dan juga air. ALhamdulillah, kami kenyang dengan makan kebab tengahari tu di Ueno Street.

Trip Bajet Ke Tokyo Travel Lawak Part 2

 

Jam Tangan G-Shock Murah di Jepun
Gerai Kebab Halal di Tokyo
Trip Bajet Ke Tokyo Travel Lawak Part 3

 

Kawasan Ameyokocho ini agak luas sebenarnya. Kalau mengikut kiraan kasar MrJocko, ia sepanjang sekitar 1 km, terletak di bawah trek laluan keretapi dan mempunyai lebih dari 8 laluan lorong yang boleh anda pilih. Banyak kedai di sini menjual pakaian, kasut, alatan sukan, makanan, aksesori, kedai Games dan banyak lagi. Pendek kata sejak ia dibuka pada sebelah pagi, kawasan ini akan sentiasa penuh sehingga ke malam hari, Pasar Malam.

Hari pertama kami sangkut di sini dari jam 10.30 pagi sehingga jam 5.00 petang. Itu pun sebab kawan MrJocko, Atsushi ajak jumpa dia di Stesen Tokyo. Kalau tidak kami akan leka melihat banyak barang jualan menarik yang ada di Ameyokocho Market. 

Kat Ameyokocho ini memang banyak menarik. MrJocko syorkan anda yang nak shopping, boleh beli pakaian, kasut,  jam tangan G-Shock, serta beberapa aksesori lain yang banyak dijual hanya di Jepun, ada di Ameyokocho.

Rezeki kami sempat beli jam G-Shock, Kasut Palladium, Kimono, Tshirt sebagai gifts dan juga KeyChain untuk kenangan. Paling berbaloi bila MrJocko dapat beli koleksi kasut Palladium yang sangat murah berbanding harga di Kuala Lumpur.

Bersambung… Trip Bajet Ke Tokyo : Travel Lawak Part 3

Layari http://us.jnto.go.jp/top/index.php untuk info lanjut

Exit mobile version