Trip Bajet Ke Tokyo : Travel Lawak Part 3
|Dari Ameyokocho di Ueno Station, kami menaiki LRT menuju ke Tokyo Station. Di sini kami berjumpa dengan rakan lama MrJocko, Steve Atsushi. Atsushi adalah bekas pekerja Bank Jepun yang pernah berkerja di Malaysia selama setahun dan MrJocko kenal dia ketika pulang dari Kuching beberapa tahun yang lepas.
Atsushi ni memang seorang kawan yang memang baik dan mempunyai ciri-ciri orang Jepun yang sebenar. Bagaimana dia sanggup membantu memberikan MrJocko banyak info tentang Tokyo dan membawa kami ke Restoran Halal di Tokyo.
Jam 5.00 petang, kami berjanji untuk bertemu di Tokyo Station dan Atsushi membawa kami semua untuk naik ke Bangunan JP Tower (Japan Post) untuk melihat keindahan sekitar Tokyo Station dari Observation Decks. memang cantik pemandangan di sini.
Untuk info, observation deck di JP Tower ini tidak dikenakan bayaran dan ia adalah ruang taman terbuka terletak di bangunan JP Tower. Dari sini memang boleh lihat keindahan sekitar Tokyo Station, lebih-lebih lagi pemandangan waktu malam di sini.
Makan malam kami Hari Kedua di Tokyo, Atsushi bawa kami ke Tokyo Muslim Chinese Restaurant yang terletak cuma 5 minit perjalanan dari Kinshicho. Restoran Halal di Tokyo ini mendapat pengiktirafan Halal dari badan yang bertanggungjawab dan memang menyediakan menu masakan Muslim antara yang terbaik di Tokyo
Restaurant Information
Open: 11:00 a.m. to 11:00 p.m. (Dinner) from 3:00 p.m. , 7 days a week
Tel: +81-(0)3-5669-0934
Menu yang ada di sini memang berbaloi-baloi. Nanti akan MrJocko kongsi di ruangan entry khas Tokyo Muslim Chinese Restaurant.
Dah kenyang, kami pilih untuk pulang ke hotel. Maklum la, lepak di restoran agak lama dan membawa sehingga ke jam 11.00 malam. Risau pulak takut terlepas LRT yang terakhir, nanti kena naik teksi Tokyo pulak.
Perjalanan Hari Ketiga di Tokyo agak biasa, tidak penat sangat. Tapi setakat ini memang lagi perjalanan yang best. Esoknya kami akan jalan-jalan sekitar Odaiba, Tokyo Bay, Harajuku dan Shibuya. Kami bertuah sebab Atsushi dan dua lagi rakannya sudi untuk temani kami pusing Tokyo esok…
Bersambung,,, Trip Bajet Ke Tokyo : Travel Lawak Part 4