Trip Bajet Ke Tokyo : Travel Lawak Part 5
|Hari Ketiga di Tokyo memang jadual penuh. Atsushi member MrJocko ni memang sangat bagus. Dia dengan senang hati layan kami berempat pusing pagi tadi dari Tokyo Station. Selepas makan tengahari di sekitar Tokyo Bay, kami menuju ke Harajuku Station.
Kat sini memang terkenal dengan pusat berkumpul anak-anak muda Jepun. Kalau nak tengok awek Jepun yang memakai costume Cosplay, Kimono, dan dressing ala-ala model, di sini la jawabnya. Sebenarnya tiada apa sangat yang menarik melainkan satu Lorong berhadapan dengan Harajuku Station yang diberi nama Takeshita Street.
Di Takeshita Street ni mereka hanya sekadar berjalan dan berkumpul semata-mata menghabiskan masa di hujung minggu.

Dari Harajuku, kami menuju ke Muzium NHK, lokasi muzium TV yang terkenal di Jepun. NHK ini adalah station TV yang terawal di Jepun dan menjadi tulang belakang kepada banyak cerita dan program menarik Jepun sejak dari dulu lagi. Kita di Malaysia pun banyak menerima program TV dari NHK ini.
Dari NHK Museum, kami ke Shibuya. Ini la yang paling menarik setakat ini kerana kami berpeluang untuk melihat sendiri, mengalami dan merasai lintasan zebra yang paling sibuk di dunia iaitu Shibuya Crossing. Ada info mengatakan bahawa sesetangah masa Shibuya Crossing di Jepun ini dilintasi oleh sekitar 2,000 dalam satu masa. Bayangkan kalau satu hari???

Berdekatan dengan Shibuya Crossing anda akan terlihat tugu peringatan Anjing yang diberi nama Hachiko yang kisahnya amat popular seluruh dunia. Kisah anjing Hichiko patahu tahun 1920s ini menjadi tarikan utama ramai pelancong berkunjung ke Shibuya.
Tugu Hachiko ini berada bersebelahan sahaja dengan Shibuya Crossing Jepun dan ia mudah untuk anda perasan kerana ia terletak di sudut yang strategik.
Kami menghampiri waktu malam. Di sini jam 5.00 petang sudah menampakkan waktu hampir malam. Jadi, kami menuju ke Sappori untuk mencuba menu Kebab di Restoran Turki di sana. Bersebelahan lokasi ini adalah lokasi Tokyo Lama (seperti kawasan Kampung Baru) dan ia memang lokasi yang sesuai untuk pelancong terokai keraya banyak sejarah di sini.
Hari kami untuk hari ketiga memang best. Dengan aktiviti yang padat, dengan berjalan kaki sejauh 15,000 langkah dan menyusuri tempat-tempat menarik sambil berpeluang merasai gegaran Gempa Bumi skala 5 richter, ia memberikan kami pengalaman terbaik di Tokyo pada kali ini.
Kami puas hati dan memang berterima kasih kepada Atsushi kerana begitu ikhlas menolong kami teroka ‘unseen Tokyo’. Ini semua tak mungkin kami kecapi, kalau kami datang dengan travel agent dengan itinerary yang padat dengan acara shopping 🙂
Bersambung… Trip Bajet Ke Tokyo : Travel Lawak Part 6