Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Trip Bajet Ke Tokyo : Travel Lawak Part 6

Hari Keempat, Travel Lawak Part 6 MrJocko di Tokyo selepas semalamnya merasai pengalaman Gempa Bumi pada skala 5 richter. Bayangkan tengah makan, terlihat lampu bergoyang dan tiang letrik juga bergoyang . Ingatkan pening, rupanya itu kejadian Gempa Bumi Tokyo pada hari Sabtu, 30 Mei 2015. Alhamdulillah, kami semua selamat.

Trip Bajet Ke Tokyo

 

Trip ke Skytree Tokyo

 

Hari Keempat kami keluar agak lewat. Dari hotel kami menuju ke Tokyo Skytree Station untuk melihat sendiri menara Skytree Tokyo yang tertinggi di Jepun dan paling unik kerana, di negara yang mempunyai kesan gempa bumi yang berterusan, tetapi mereka masih mampu membina menara Tokyo Skytree setinggi 634 meter dan dibuka pada 22 Mei 2012.

 

melancong-murah-ke-jepun melancong-ke-jepun melancong-ke-jepun-05 melancong-ke-jepun

Trip Bajet Ke Tokyo

Jika anda ingin ke Tokyo Skytree, MrJocko cadangkan anda pergi sebelah pagi kerana di perkarangan menara tersebut ada banyak persembahan percuma diadakan oleh pihak penganjur. Boleh katakan, kalau seharian berada di Skytree Tokyo, anda tidak akan rasa bosan keran ada banyak persembahan.

Namun, jika anda teringin untuk naik ke menara Skytree Tokyo, MrJocko syorkan anda naik ke sana sekitar jam 4.00 petang kerana anda akan berpeluang untuk melihat bandaraya Tokyo di waktu siang membawa kepada senja dan waktu malam.

Asakusa Street Tokyo melancong-ke-jepun melancong-ke-jepun-09 melancong-ke-jepun

Cara Nak Trip Bajet Ke Tokyo

Dari Skytree Tokyo, kami meneruskan perjalanan menuju ke Asakusa Street dengan hanya menaiki 2 station sahaja. Agak dekat Skytree Tokyo dengan Asakusa Street. Di sini, sebenarnya tumpuang pelancong untuk membeli belah barangan cenderahati. Asalnya ini kawasan kuil dan sekarang ia dikomersilkan menjadi salah satu destinasi pelancongan di Tokyo.

Di Asakusa Street anda boleh beli banyak Fridge Magnet Jepun yang murah berbanding lokasi lain serta pakaian tradisional masyarakat Jepun.

Di sekitar Asakusa Street juga, kami singgah untuk makan tengahari. Sebuah restoran Tempura yang pernah MrJocko singgah ketika datang ke Tokyo pada tahun 2012. Menu tempura di sini memang sedap, tetapi untuk satu hidangan biasannya ia berharga sekitar Yen 10,000 – Yen 15,000. 

Bersambung,,, Trip Bajet Ke Tokyo : Travel Lawak Part 7

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.