Trip Bajet Ke Tokyo : Travel Lawak Part 7
|Panjang pulak cerita Trip Bajet ke Tokyo ni kan? Sebab apa, sebab MrJocko nak kongsi serba sedikit itinerary bebas yang MrJocko buat semasa di Tokyo pada bulan lepas. Bila travel dengan rakan-rakan dengan jadual yang bebas, kita tidak tertekan dengan jadual dan bebas memilih nak ke mana ketika di Jepun.
Selepas makan tengahari di Asakusa, kami mula bergerak untuk pergi ke lokasi yang seterusnya. Tempura yang kami makan tadi di Asakusa tadi, adalah tempura kedua kami sewaktu trip ke Tokyo ini dan antara menu yang mudah di cari di Tokyo. Cuma perlu diingat, harganya agak mahal sedikit sekitar Yen 10,000 (RM32) untuk satu hidangan.
Kami menaiki LRT di Asakusa Station menuju ke Roppongi Station. Tujuan kami adalah untuk mencari lokasi Hard Rock Cafe Tokyo yanh terletak di kawasan ini. Selang 5 minit berjalan, kami akhirnya berjaya ke Hard Rock Cafe Tokyo. Masa untuk beli beberapa kenangan di sini dan paling banyak shopping ialah Lanun Steak (Azmi).
Selesai kami di Hard Rock Cafe Tokyo, masa dah nak mendekati senja. Ada lagi tempat yang kami nak pergi iaitu ke Ginza Station. Tidak la jauh mana, tetapi kami terpaksa memilih train yang betul supaya kami tidak salah dan sesat. Dari Roppongi menuju ke Ginza Street hanya memakan masa sekitar 10 minit dan sebenarnya mudah untuk ditujui.
Memandangkan di Ginza Street adalah lokasi barang-barang premium, eksklusif dan mahal di Jepun, kami cuma mampu pusing dan lihat-lihat je apa yang ada di sini. Kalu kedua di Ginza Street, nampaknya semakin banyak bangunan baru yang akan dibina di sini. Kalau nak lihat kereta mewah dan mungkin tak ada di Malaysia, anda boleh spend masa lepak di kafe berhampiran jalan besar dan melihat golongan rich and famous di Tokyo keluar dengan koleksi kereta mewah mereka di Ginza Street.
Mulanya ingat nak gerak terus, tetapi bila dah tengok ada SALE di UNIQLO Ginza Street, kami semua masuk untuk tengok apa yang ada. Berbaloi jugak kami masuk sebab berjaya membeli beberapa helai seluar dan baju Uniqlo yang sememangnya dijual dengan harga diskaun serendah 80%. Terbaik !!!
Walaupun Trip Bajet Ke Tokyo, tetapi masih boleh shopping di Ginza Street.
Dari Ginza, kami beralih ke Shinjuku, salah satu lagi tumpuan warga Tokyo untuk shopping dan santai hujung minggu. Di Shinjuku ini, lokasi paling panas ialah di Kabuki-cho. Lokasi Kabuki-cho ini adalah lokasi kelab malam, rumah perjudian dan banyak lagi aktiviti ‘malam hari’ yang sememangnya agak bahaya di Jepun.
Jika anda ke Kabuki-cho Shinjuku, harus berhati-hati dan elak dari memasuki Kelab Malam, Rumah Judi atau aktiviti-aktiviti berkaitan kerana ada banyak kes, orang tempatan dan pelancong menghadapi banyak masalah. Sebaiknya, kalau sekadar untuk meninjau, buat seperti biasa dah sekadar lalu di lorong-lorong di Kabuki-cho Shinjuku.
Jauh perjalanan Trip Bajet Ke Tokyo kami hari Keempat. Bayangkan dari Ueno, kami menuju ke Skytree Tokyo, ke Asakusa, Roppongi Hills, kemudian ke Ginza dan seterusnya ke Shinjuku sebelum kami balik ke hotel sekitar jam 12.00 tengah malam dengan LRT yan terakhir. Nasib baik kami tidak terlepas dengan LRT terakhir, kalau tidak, naik teksi adalah satu keputusan yang ‘kurang bijak’ jika di Tokyo.
Bersambung,,, Trip Bajet Ke Tokyo : Travel Lawak Part 8