Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Trip Bajet Ke Tokyo : Travel Lawak Part 8

Hari Kelima MrJocko di Tokyo untuk sesi Trip Bajet murah ke Jepun kali ini merupakan hari terakhir. Hari Isnin 1 Jun 2015, dan malam ini, kami akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Memandangkan ada banyak masa lagi, kami putuskan untuk pusing sekitar Ueno Station dan juga Nippori sebagai lokasi terakhir trip kami kali ini.

Dari hotel penginapan, kami Check Out agak lewat. Terlupa bahawa kami kena Check Out pada jam 11.00 pagi. Namun sebab pihak hotel agak baik hati, mereka membenarkan kami  check out pada jam 12.00 tengahari. 

Dari Hotel, kami terus menaiki LRT dan menuju ke Ueno Station. Lokasi yang kami tuju sudah pasti di Doner Kebab di Ameyayokocho Market, untuk makan tengahari. Menu kami hari itu, Kebab, menu makanan Turki berharga Yen 6000 untuk set Kebab dan Air.

 

Melancong ke Jepun Trip Bajet Ke Tokyo Travel Lawak Part 8 02 Trip Bajet Ke Tokyo Travel Lawak Part 8 03

 

Memandangkan masih banyak masa, kami pusing sekali lagi di Ameyayokocho Market. Duit di tangan masih ada dan rasa macam rugi pulak kalau bawa balik ke Kuala Lumpur. Mesti akan rugi sekali lagi bila tukar kepada nilai RM. Sebab itu, cadang nak beli barang yang sebaiknya untuk kenangan di Tokyo.

Sepanjang kami pusing sekitar Ueno, rasanya yang paling menarik ialah pilihan kasut-kasut yang di jual di sini. Ada banya jenis jenama dan model yang boleh anda pilih dan ia dijual dengan harga serendah 80% diskaun kerana Sale ‘End Season’.

 

Trip Bajet Ke Tokyo Travel Lawak Part 8 04 Trip Bajet Ke Tokyo Travel Lawak Part 8 05 Trip Bajet Ke Tokyo Travel Lawak Part 8 06

 

Antara kasut yang menjadi pilihan MrJocko, kasut jenama Palladium ini. Model yang dijual di Ameyayokocho Market Ueno ini banyak yang tidak ada di Malaysia. Lagipun setahu MrJocko, Butik Palladium hanya ada satu di The Garden Kuala Lumpur. Sebelum ni, di Malaysia, harga sepasang Boots Palladium dijual sekitar RM500++. Yang mengujakan MrJocko, banyak model end season di sini jual boots Palladium cuma dengan harga sekitar Yen 2,990 – Yen 5,000. Murah tu. Kalau di bandingkan, harga sekitar RM95 sahaja.

Sebab itu, MrJocko beli satu boots Palladium High Cut dengan harga yang cukup murah…

 

Trip Bajet Ke Tokyo Travel Lawak Part 8 07 Trip Bajet Ke Tokyo Travel Lawak Part 8 08

 

Banyak lagi jenama kasut lain yang ada di jual di Ameyayokocho Market ini dengan harga yang murah. Sebagai contoh, Nike Running dijual sekitar Yen 8,000, Adidas Neo harga Yen 9,000, Dr Martin Limited Edition sekitar harga Yen 10,000 dan banyak lagi.

Kalau anda nak beli T-Shirt di sini, rata-rata baju T-Shirt dijual dengan harga agak mahal berbanding Kuala Lumpur. Mungkin jika anda minat kerana banyak design limited edition, mungkin berbaloi untuk anda beli.

Kami habiskan masa sekitar 4 jam di Ueno ini sementara menunggu masa untuk ke Haneda Airport. Tapi sebelum ke Tokyo Haneda Airport, MrJocko dan Azmi Lanun Steak singgah di Nippori Station dulu untuk membeli kain cotton, kain pasang yang murah di Nippori Textile Town.

Bersambung,,, Trip Bajet Ke Tokyo : Travel Lawak Part 9

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.