Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Trip Bajet Ke Tokyo : Travel Lawak Part 9 Akhir

Jam-jam terakhir kami di Tokyo memang rasa seperti tak nak balik Malaysia. 5 hari di Tokyo rasa tidak puas kerana ada banyak lagi yang boleh kami terokai jika ada masa. Paling penting, kena ada duit lebih kerana di Tokyo, banyak benda yang mahal. Ini entry Trip Bajet Ke Tokyo : Travel Lawak Part 9 Akhir.

Nippori Textile sebenarnya bukan berada dalam list yang ingin MrJocko lawat di Tokyo. Sebelum ini terdengar tentant kain cotton murah di Jepun tetapi tidak pernah tahu tentang ada nya lokasi pusat jualan kain murah di Tokyo. Jadi kalau anda ke Tokyo, jangan lupa singgah beli kain cotton pasang di Nippori Textile Town.

Selesai urusan membeli kain cotton, MrJocko bergegas kembali ke Stesen Ueno. Dari sini kami mengambil perjalanan untuk ke Tokyo Haneda Airport dengan menaiki Subway dan juga Monorail. Agak jauh dari Ueno Station tetapi bila sudah biasa, mudah sahaja nak guna rangkaian LRT, Subway dan Monorail di Tokyo ini.

Kami sampai di Airport awal, sekitar jam 6.30 petang kerana nak elakkan dari kesesakkan waktu orang pulang kerja. Bila dah sampai awal, boleh la rehat sekejat sebelum menunggu masa untuk check in di kaunter perlepasan sebelum kembali ke Malaysia.

Trip Bajet ke Tokyo

Bajet Trip Murah Ke Jepun bajet_trip_ke_jepun_02 bajet_trip_ke_jepun_03 bajet_trip_ke_jepun_04

Menaiki Monorail ke Tokyo Haneda Airport

Yang tidak boleh MrJocko lupakan tentang Atsushi, member MrJocko di Tokyo. Sejak hari pertama kami sampai, dia antara orang yang banyak guide kami untuk ke mana-mana di Tokyo. Hari ketiga, beliau dan rakan bawa kami pusing satu Tokyo dengan sebaik mungkin. Banyak lokasi Unseen Tokyo yang sempat kami jelajah. Hari terakhir, beliau sanggup turun untuk ucapkan Selamat Tinggal kepada kami.

Untuk kali terakhir pada trip kali ini, kami makan malam sama-sama dan berborak panjang sementara menunggu masa untuk check-in jam 9.00 malam nanti. Paling terbaik, beliau menunggu sehingga kami masuk dan lepasi urusan Imigresen dan juga Kastam. Ini lah sikap orang Jepun yang memang patut kita contohi…

Hafidz, Azmi Lanun Steak, Man dan Atsushi

bajet_trip_ke_jepun_05 bajet_trip_ke_jepun_06 bajet_trip_ke_jepun_07 bajet_trip_ke_jepun_08

bajet_trip_ke_jepun_09 bajet_trip_ke_jepun_10

Alhamdulillah kami dah sampai KLIA2

Penerbangan kami agak selesa dan teratur. Dari masa menaiki pesawat sehingga sampai di Malaysia, lebih kurang 7 jam kemudian memang tiada masalah. Cuma kali ini kami berada di tempat duduk belakang dan agak padat berbanding ketika kami datang ke Tokyo. 

Memandangkan malam, kami isi perut dengan makanan ringkas sahaja, Mamee Chef dan juga Roti.

Alhamdulillah, tepat jam 6.30 pagi, kami selamat mendarat di KLIA2 bersama penerbangan AirAsia dari Tokyo Haneda Airport. 

Urusan bagasi juga cepat. Urusan di laluan Imigresen dan Kastam juga berjalan lancar, menjadikan ini antara trip bajet murah kami ke Jepun yang terbaik setakat ini. InsyaAllah, ada peluang akan ke Tokyo sekali lagi.

Untuk yang bertanya nak dapatkan pakej Travel Murah ke Tokyo, anda boleh baca di sini —> Pakej Tri Murah ke Tokyo Cuma RM2,950 All-In 5 Hari 4 Malam (Flight, Makan, Minum, Trasnportation, WiFI FREE).

Berakhir lah kisah Trip Bajet Ke Tokyo : Trave Lawak 2015 untuk kali ini. Sudah pasti terima kasih kepada Penaja, Majalah LIBUR, TKS Holdings dan WiYo Pocket WiFi Malaysia yang sudi berkerjasama menjayakan Travel Lawak 2015 ini. Jumpa MrJocko di Trip yang akan datang,,, soon,,,

Tamat…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.