Trip Bajet Murah Ke Hong Kong Cara Nak Jimat
|Penghujung tahun 2015, penutup travel MrJocko InsyaAllah disudahkan dengan Trip ke Hong Kong. Trip Bajet Murah ke Hong Kong ini sekadar memenuhi peluang untuk meneroka apa yang ada di Hong Kong, kotaraya yang dulunya menjadi jajahan British dan kini kembali menjadi tanah jajahan negara China. Trip Bajet Ke Hong Kong ini adalah trip pertama MrJocko ke Hong Kong dan ia memang mengujakan.
Pakej kali ini seperti biasa menggunakan pakej travel yang ditawarkan di laman web AirAsiaGo. Untuk info, jika anda nak mudah, tempah pakej penerbangan, hotel atau pakej tour anda dengan menggunakan khidmat laman web AirAsiaGo.com kerana anda pasti akan dapat membuat pilihan bijak dan pakej bajet terbaik tidak kira ke mana anda tujui.
Baca : Shopping TShirt Hard Rock Cafe Central Hong Kong
Trip Bajet Murah Ke Hong Kong
Kalau AirAsia menawarkan tempat duduk percuma, dengan pakej AirAsiaGo juga mereka mempunyai pilihan promosi murah yang pelbagai.
Bayangkan harga yang MrJocko dapat untuk 2 paxs tambang pergi balik dan juga penginapan selama 4 hari 3 malam di Hong Kong cuma sekitar RM2,500 sahaja. Itu pun pakej yang dibeli dalam tempoh 2 minggu sahaja dari masa penerbangan. Jika lebih awal, sudah pasti harga yang ditawarkan jauh lebih rendah.
Nampaknya Trip Bajet ke Hong Kong ini menjadi titik tolak untuk pengenalan MrJocko tentang apa yang menarik di Hong Kong. Ya, selain dari Disneyland Hong Kong, banyak lagi yang menarik di Hong Kong termasuk apa yang ada di pulau Hong Kong dan juga tempat shopping yang dikatakan murah dan berbaloi. Lepas ni, kalau ada rezeki, boleh travel ke Hong Kong bersama keluarga dan anak-anak.
Untuk entry teaser Trip Bajet ke Hong Kong ini, MrJocko tak nak cerita banyak tentang apa yang ada di Hong Kong. Bagi masa MrJocko alaminya sendiri dan kemudian, mana cerita dan aktiviti yang sempat, InsyaAllah akan MrJocko kongsi cerita melancong murah ke Hong Kong ini di Blog MrJocko.
MrJocko baru sahaja Check-in Hotel di Nathan Road, kira-kira 40 km daripada Hong Kong Airport dan ia memakan masa selama 1 jam 30 minit menggunakan keretapi. Sangat mudah dan ia umpama anda menaiki KLIA Ekpress dari KLIA menuju ke bandaray Kuala Lumpur.
Oleh kerana kami sampai sudah waktu malam, InsyaAllah, esok baru boleh meneroka tempat menarik di Hong Kong. Antara yang tergambar di kepala sudah pasti Hong Kong Peak, Avenue of Stars, Ladies Street Market dan juga Kowloon area.