Hari keempat MrJocko sertai AirAsia ASEAN Traveller bermula dari Kuala Lumpur menuju Johor Bahru, kemudian ke Yogyakarta dan keesokkan harinya menuju Bali. Hari ini, hari terakhir dan kami akan pulang Trip Bali to KL. Mudah sebenarnya bila guna AirAsia Asean Traveller Pass dengan bayaran murah tapi boleh terbang ke destinasi ASEAN dengan MURAH.
Bayangkan dengan satu harga, anda boleh travel ke lebih 140 Destinasi di ASEAN dengan kredit 10 Points dan dalam masa 30 Hari atau 60 Hari. Maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi AirAsia ASEAN Pass.
Sebelah pagi sebelum kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur, MrJocko mengayuh basikal dari Hotel menuju ke Pantai Kuta. Memang best exercise seawal pagi di sini sambil menghirup udara segar di Bali. Basikal boleh di pinjam percuma dari Hotel kami, Bali Dinasty dan ia memang antara servis terbaik untuk tetamu hotel mereka.
Sekitar jam 10.00 pagi, kami menuju ke Dolphin Lodge di Sanur, Bali. Di sini, kami diberi peluang untuk berenang dan bermain dengan Ikan Lumba-lumba sebagai satu pengalaman terbaru di Bali.
Kalau dulu, kita biasa lihat Ikan Lumba-lumba di laut sahaja dan tiada peluan untuk menyentuhnya, kini di Bali, anda dapat satu session selaman lebih kurang satu jam untuk bermain di dalam air bersama Dolphin. Best!!!
Untuk tengahari, kami singgah di Jimbaran untuk Lunch. Menu kami di Jimbaran semestinya makan makanan laut yang segar dan menjadi pilihan utama pelancong di Bali. Pelbagai menu masakan laut di Jimbaran menjadi pilihan dan kami memilih sotong dan ikan untuk menu kami. Sedap semestinya 🙂
Sebelum berangkat pulang, kami sempat singgah di Ayana Resort And Spa di Bali. Hotel yang bertaraf 5 bintang ini menyediakan pelbagai kemudahan yang eksklusif kepada tetamu mereka termasuk bilik, kolam renang, rock bar yang terkenal serta kemudahan resort lain berdekatan seperti RIMBA untuk percutian anda di Bali.
Tunggu review tentang hotel Ayana Resort and Spa di blog travel MrJocko. InsyaALlah akan dikongsi sekali tentang Ayana Resort, Rimba Resort dan juga Rock Bar Ayana.
Baca : Tempat Menarik di Bali Indonesia
Tiba masa untuk pulang, MrJocko pertama kali di Ngurah Rai International Airport Bali sejak ia diubahsuai dengan bangunan yang lebih besar dan baru. Paling menarik, di dalam Nurai Rai International Airport Bali, kini ada cawangan baru Hard Rock Cafe Bali Airport. Menarik kan??? Lepas ni nak shopping Tshirt Hard Rock Cafe tak perlu lagi nak pergi jauh jauh 🙂
Penerbangan kami selama 3 jam memang terasa cepat sahaja. Kali kedua ke Bali memang menarik dan InsyaAllah akan MrJocko singgah lagi. Banyak lagi yang boleh di buat di Bali dan banyak yang nak diceritakan tentang AirAsia ASEAN Traveller Pass kepada anda semua.
Berakhirnya perjalanan kami di penerbangan Trip Bali to KL, MrJocko, Sya, Patrick dan Isabel memang meninggalkan pengalaman percutian ala ASEAN yang best menggunakan penerbangan AirAsia.
InsyaAllah, baca entry penuh di entry akan datang… Bye for now… #AirAsiaASEANTraveller
Untungla selalu travel ke luar negara.. bile nak ajak kita pulak