Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 1 Hari Pertama

Selepas 2 bulan MrJocko kembali ke Jepun. Kali ini untuk explore destinasi baru, Chiba dan Tochigi. Dua lokasi ini adalah daerah yang semakin popular dikalangan pelancong Muslim, khususnya dari Malaysia dan Indonesia. Kali ini, MrJocko rasai sendiri Pengalaman Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan. Ini cerita Teaser untuk hari Pertama percutian Musim Sejuk Chiba dan Tochigi.

Chiba Prefecture dan Tochigi Prefecture antara daerah yang bersebelahan dengan Tokyo Prefecture. Di Chiba ada taman tema terkenal Tokyo Disneyland dan Tokyo Disneysea, manakala di Tochigi ada Sano Premium Outlet dan juga Tobu World Square. Tidak kurang juga, di kedua-dua destinasi ini ada rangkaian Restoran Halal Muslim dan juga Masjid untuk korang kunjungi.

 


Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser 1

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser
 

Memandangkan kami nak ke Chiba dan Tochigi, lapangan terbang utama di sini ialah Narita International Airport, yang merupakan lapangan terbang terbesar di Jepun. Kalau nak tahu, Narita Airport terletak dalam daerah Chiba.

Sekitar lapangan terbang Narita di Jepun juga sebenarnya ada banyak yang menarik, termasuk Museum of Aeronautical Sciences, Lake Inba-Numa dan Mitsui Premium Outlet. Yang lain ada banyak lagi, boleh korang cari dalam web Japan National Tourism Organization (JNTO)
 

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser

Nishi-Chiba Mosque

Kami terbang ke Narita Airport dengan penerbangan Malaysian Airlines, memandangkan MAS punyai Coach Sharing dengan Japan Airlines. JNTO selalunya akan menyediakan tempat duduk dalam penerbangan Japan Airlines (JAL) namun untuk kali ini, hanya penerbangan MAS sahaja yang kosong untuk kami.

Sampai awal pagi sekitar jam 7.00am waktu Narita Airport. Dari lapangan terbang, kami terus menuju ke Nishi-Chiba Mosque (Masjid Nishi-Chiba) yang juga merupakan Pusat Komuniti bagi Muslim di Chiba, memandangkan di sini ada banyak pelajar dan penduduk yang beragama Islam, menetap dan belajar di Chiba University.
 

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser

Dalam Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser 1, hari pertama ini, MrJocko tak banyak belajar tentang Chiba dan Tochigi. Sekali lihat, ia seumpama bandar lain di Tokyo, Yokohama, Osaka, Sapporo dan beberapa bandar lain di Jepun. Namun, disebaliknya, Chiba turut menawarkan banyak destinasi menarik dan unik untuk dikunjungi oleh pelancong Muslim.

Samada untuk melihat pemandangan menarik, merasai keunikkan budaya Jepun, membeli-belah serta pengalaman Taman Tema, di Chiba dan Tochigi antara destinasi yang boleh korang pilih selain Tokyo.

Baca : MrJocko Melancong ke Chiba Jepun

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser

Hari pertama di Chiba, MrJocko menginap di satu hotel 4 Bintang bernama Hotel Port Plaza Chiba dan juga makan malam di sebuah Restoran Wagyu Halal yang bernama Shira Restaurant Chiba.

Banyak yang boleh MrJocko kongsi tentang pengalaman melancong ke Chiba dan Tochigi pada musim sejuk kali ini. Nanti MrJocko akan kongsi dalam Facebook, YouTube dan juga balog ini. Nantikan cerita seterusnya di Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser 2.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.