Sedar tak sedar, dah masuk hari kelima. Hari akhir di Chiba dan Tochigi tahun ini, musim winter banyak beri pengalaman baru kepada Mrjocko. Pengalaman Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 5 Hari Terakhir menutup teaser untuk Media Trip ke Jepun bulan Februari 2018.
Banyak juga pengalaman yang MrJocko kutip ketika percutian kali ini. Dari pengalaman merasai Tea Ceremony, mengelilingi dunia di Tobu World Square dan juga merasai sendiri salji dan buah Strawberry manis di Nikko City. InsyaAllah akan MrJocko kongsi di entry akan datang.
Baca : Taman Tema Best Di Chiba Prefecture Jepun
Pengalaman Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 5

Aktiviti seperti bermain salji, boleh korang cuba di Edelweiss Ski Resort, Hunter Mountain Shiobara dan banyak lagi ada di Tochigi Prefecture dan Chiba Prefecture. Kesemua destinasi Ski Resort ini menawarkan banyak pakej percutian Musim Sejuk terbaik untuk semua pelancong dalam dan luar negara.
Jika anda kaki makan, lokasi Chiba dan Tochigi ada menawarkan restoran Ramen Halal, restoran Wagyu halal dan banyak lokasi Masjid di Jepun yang boleh dikunjungi. Kalau di shopping mall seperti di AEON Mall, ada ruang solat disediakan untuk pelancong dan pengguna Muslim.




Oh Ya! Hotel malam terakhir, kami menginap di Maple Inn Makuhari Hotel. Ada aktiviti memasak juga ada dijalankan di sini. Kelas memasak Soba Soba dan juga kelas membuat Sushi dibuka kepada pelancong. Menu-menu ini ditawarkan kepada semua dan yang menariknya, ia adalah menu Halal Muslim yang boleh korang cuba ketika di Jepun.
Hari terakhir, memandangkan flight pagi, maka dari hotel, kami terus check-out awal dan ke Narita Airport terus, tanpa singgah di mana-mana. Sempat la nak last minute shopping di Narita Airport sebelum terbang balik ke KL.
Pertama kali, sewaktu penerbangan pulang dari Narita Airport ke KLIA menaiki penerbangan Malaysia Airlines, MrJocko menikmati pemandangan indah puncak Gunung Fuji dari ketinggian sekitar 15,000 kaki. Subhanallah!!! Sangat cantik dan ia sesuatu yang jarang-jarang MrJocko alami.
Ia satu rezeki bagi MrJocko sebab sebelum ini, hanya melihat puncak Gunung Fuji dari darat sahaja. Tapi kali ini, ia berbeza. Kalau nak lihat video pendek, boleh lihat di sini.
https://www.facebook.com/rosmadishakri/videos/10215433740732920/?t=4


Kesimpulannya, kalau korang mencari destinasi baru di Jepun, Chiba dan Tochigi antara destinasi mesti lawat selepas Tokyo. Dekat sahaja dengan pusat bandar Tokyo, ada pilihan samada menaiki perkhidmatan bas atau jaringan keretapi di Jepun.
Tak kira samada korang peminat pemandangan, budaya, makanan atau memberli belah, Chiba dan Tochigi menawarkan pakej Halal Muslim terbaik untuk semua yang beragama Islam. InsyaALlah, lokasi ini akan jadi salah satu destinasi percutian terbaik untuk korang semua.