Site icon Travel Blogger Malaysia

Trip Ke Athens Greece Permulaan Kembara Ke Tanah Greek

Pertama kali dijemput untuk sertai Media Trip ke Athens, ia memang sesuatu yang mengujakan. Maklumlah, tak pernah sampai ke negara Eropah. Saya sangan jakun. Sebab itu sebenarnya MrJocko tak sabar nak ceritakan sedikit kisah Trip Ke Athens Greece Permulaan Kembara Ke Tanah Greek yang hebat.

Memandangkan ini trip ke Athens dengan penerbangan Scoot Airlines, MrJocko ambil transit dari KLIA ke Singapura dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura terus terbang ke Athens. Berapa lama? Selama 11 jam 30 minit kami terbang dan sampai di bandaraya Athens.

Baca : Pengalaman Pertama Percutian Ke Eropah

 


Trip Ke Athens Greece

Trip Ke Athens Greece Permulaan Kembara Ke Tanah Greek

 

Terbang ke Athens dengan FlyScoot www.flyscoot.com

Penerbangan dari Changi Airport Singapura bermula seawal jam 2.00 pagi. Alhamdulillah semua smooth dan memang sampai seperti yang dijangkakan. Untuk servis WiFi On-Board Scoot memang puas hati. Berbaloi guna dengan kelajuan yang memadai. Menu makanan juga ada banyak dan ada banyak menu Halal Muslim. Terbaik.

Sampai di Lapangan Terbang Athens sekitar jam 8.30pagi waktu Greece. Urusan passport dan juga Imigresen juga agak lancar dan memang friendly. Tak banyak songeh kata orang Malaysia.

Dari Airport, kami terus ke hotel. Memandangkan lokasi Athens Aiport ke pusat bandar juga agak jauh, maka sekitar hampir satu jam kami sampai di hotel penginapan. Jalan di sekitar pusat bandar juga agak sesak.

 

 

Sepanjang perjalanan, bandar di sekitar Athens ini ada trademark tersendiri. Negara yang pernah Muflis ini, rupanya ada banyak keistimewaan dan tarikan pelancongan yang wajib korang lawat kalau ada kesempatan.

Menggunakan matawang Euro, kalau nak dibandingkan dengan kos sara hidup, rasanya ia lebih murah berbanding Jepun, Korea dan Australia. Ini cuma 3 negara yang maju yang pernah MrJocko lawati berdasarkan pengalaman sendiri.

 

 

Di pusat bandar masih banyak lagi kenderaan. Ada yang kata, walaupun negaranya ada masalah, tetapi rakyatnya masih ramai lagi yang masih hidup dalam keadaan biasa. Mana-mana negara ada masalah sendiri, tetapi untuk melancong ke Greece, ia adalah satu peluang yang boleh korang cuba.

Sebagai pengenalan, tak banyak yang nak MrJocko kongsi. Tunggu entry selanjutnya. InsyaAllah, MrJocko akan kongsi cerita Tempat Menarik di Athens dan juga apa lagi tips travel di Greece yang boleh korang ikuti.

Nak baca lagi tentang apa yang menarik di Athens Greece? Boleh layari www.mrjocko.com/tag/athens

 

Exit mobile version