Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bermula Trip Ke Australia Media FAM Trip Bersama Emirates

Setelah sebulan rehat di Kuala Lumpur, last trip ke Taiwan pada bulan November 2014. Kali ini destinasi Media FAM Trip ke Melbourne, Australia atas tajaan Emirates Airlines dan juga Tourism Victoria. Ini merupakan Trip ke Australia Media FAM Trip MrJocko pertama untuk tahun 2015.

Teruja, sudah pasti kerana kali terakhir MrJocko ke Australia pada tahun 2010. Masa itu ke Gold Coast berdua dengan kawan baik Shazmeer. Kini selepas 5 tahun, MrJocko kembali ke Australia.

Baca : Pengalaman Menaiki Penerbangan Emirates Ailine

Bermula Trip Ke Australia Media FAM Trip Bersama Emirates

Nasib baik urusan permohonan Visa untuk trip kali ini berjalan dengan mudah dan cepat. Oleh kerana kali ini MrJocko ke Melbourne atas urusan kerja, maka perlu mendapatkan Visa Subclass 400 dengan bayaran permohonan sebanyak AUD165. 

Baca : Cara memohon visa online Australia ini boleh baca di entry terdahulu

BERMULA TRIP KE AUSTRALIA MEDIA FAM TRIP 1

BERMULA TRIP KE AUSTRALIA MEDIA FAM TRIP 2

InsyaAllah, ini akan menjadi titik tolak dan langkah baru MrJocko kerana untuk Media FAM Trip kali ini adalah jemputan terbaik dari Emirates Airlines dan Tourism Victoria sempena dengan sambutan tahun Ke-5 penerbangan Emirates Airlines dari Kuala Lumpur ke Melbourne.

Nantikan update cerita travel Trip ke Australia dengan hashtag #MrJockoInAustralia serta gambar menarik melalui Facebook, Fanpage dan juga Instagram MrJocko. Biasanya lebih banyak MrJocko kongsi di laman Facebook kerana ia lebih mudah. Follow MrJocko sebagai Travel Blogger Malaysia pilihan anda, appreciate it.

Jumpa anda di Melbourne #VisitMelbourne #TourismVictoria

Facebook : www.facebook.com/MrJockoDotCom
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.