Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Family Trip Ke Da Nang Vietnam Teaser Day 2

Sudah hari kedua kami di Da Nang, Trip Ke Da Nang Vietnam. Hari ini kami bercadang untuk join Trip Tour separuh hari menggunakan Travel Agent di Da Nang. Lokasi yang kami nak singgah cuma 4 sahaja dan kesemuanya hanya berada di lokasi berdekatan dengan bandar Da Nang.

Tour kami dari hotel bermula agak lewat iaitu jam 1.30 petang. Kenapa lewat, nanti akan MrJocko ceritakan kemudian. Ini berkaitan dengan menu halal di Da Nang, cuaca dan lokasi tour.

Untuk Trip Ke Da Nang Vietnam, lokasi pertama kami singgah ialah Marble Mountain, kira-kira 10km dari hotel penginapan kami. Di sini, adalah tempat asal batu mar mar dijumpai dan ia antara lokasi yang berharga di Da Nang.

trip ke da nang vietnam 01

trip ke da nang vietnam 01

trip ke da nang vietnam 01

 

Mengikut yang diceritakn oleh Tour Guide kami Helen, Batu Mar Mar di sini antara batu yang berkualiti. Sebab itu ia terkenal untuk membuat barangan kemas. Kalau anda minat batu, di sini juga ada banyak yang dijual dan dipamerkan di kawasan ini. Batu Jed, Ruby, Sapphire dan banyak lagi.

Kalau nak beli batu perhiasan di Da Nang, kena pandai pilih sebab takut terpilih yang tiruan.

 
trip ke da nang vietnam trip ke da nang vietnam 03 

Seterusnya kami menuju ke kedai kopi tradisi yang memang terkenal. Kopi Long adalah kedai kopi yang sangat popular di Da Nang, satu jenama kopi yang memang paling sedap di Vietnam. Rasa kopi di sini memang sangat lain. Sudah pasti, Long Coffee adalah kedai kopi wajib lawat kalau anda ke Da Nang.

Kami dibawa ke Tanjung berhampiran. Di sini terletak patung Lady Buddha putih yang besar menghadap laut. Bukan patung tu yang menjadi tujuan kami. Tapi pemandangan dari atas bukit ini memang menakjubkan. Anda boleh lihat Pantai Da Nang yang cantik untuk tatapan jiwa anda.

 
 
trip ke da nang vietnam halal food da nang vietnam 04

 

Memandangkan kami sampai di puncak Tanjung ini sudah waktu Sunset, layankan ajer view matahari terbenam dari sini. Menarik dan boleh layan air kelapa sambil menikmati pemandangan yang indah dari puncak tebing.

Sebelum balik, kami singgah untuk makan malam. Kali ini kami cuba menu seafood cara orang Vietnam.

Banyak kedai seafood tempatan, anda cumq pilih restoran yang. Menyediakan menu seafood sahaja. Beli makanan laut yang segar dan restoran akan masakkan untuk anda.

Pengalaman yang baru untuk kami dan untuk anda yang nak tahu lebih lanjut tentang trip ke Da Nang Vietnam, sudah pasti kena baca lagi di Blog MrJocko.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.