Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Trip ke Sea World Gold Coast Australia Memang Best

Akhirnya, tercapai jugak cita-cita aku nak ke Gold Coast, Australia pada tanggal 13 Feb 2010. Ini semua bagaikan mimpi menjadi nyata. Trip ke Sea World Gold Coast Australia memang akan terpahat dalam memori MrJocko selamanya.

 

 

Trip ke Gold Coast Australia

 

 

Hari pertama sampai kat Airport Coolangataa, Gold Coast, kami terus ambik bas ke hotel. Sampai di Hotel Islander Main Beach, kami memang bergegas kelam kabut. Walaupun pada kebiasaannya kena check in pukul 1.00pm, nasib baik baik bila bilik cepat siap. Kul 12.00 tengahari kami dah boleh masuk. Kami simpan barang, tak tunggu lama, kami terus ke Sea World Theme Park yang terletak lebih kurang 10 km sajer dari Surfers Paradise Main Beach.

 

 

Trip ke Gold Coast Australia

 

Trip ke Gold Coast Australia

 

 

 

Sampai sahaja di Sea World Gold Coast, kami terus beli tiket dan terus masuk. Masa kami sampai dah ada show pembukaan yang bermula. Masa tu, Pirates show. Lupa pulak aku tajuknya. Layan jer la, dah tu yang paling dekat dengan pintu masuk. Kalau tengokkan show, rasa macam persembahan Pengembaraan Lanun. Banyak aksi dan ia  memang menghiburkan dan kelakar…

 

 

Trip ke Gold Coast Australia

sea world gold coastTrip ke Gold Coast Australia

 

 

Selepas persembahan, kami ke kawasan kolam ikan Pari besar dan kecil yang diberi nama Sting Ray. Dalam tu jugak ada beberapa ekor anak Peguin, burung kecil nama apa entah dan beberapa ekor haiwan lain. Semua binatang yang ada memang cute dan comel-comel semua.

 

 

Trip ke Gold Coast Australia

 

Memang banyak bahagian yang menarik di Sea World Australia ni. Memang seharian kat sini tak akan puas. Nampak macam kecil, tetapi bila anda berada di dalam, ia memang luas. Selepas tengok StingRay, kami ke Shark Bay dan Ray Reef. Oh sebelum itu, kami ke Polar Bear. Sebelah tu juga jugak ada Ride Wet, satu ride Roller Coaster yang akan melalui kawasan air yang membuatkan anda basah. MrJocko tak nak join pasal taknak basah… hahaha

 

 

sea world gold coast

 

Trip ke Gold Coast AustraliaTrip ke Gold Coast Australia

 

Trip ke Gold Coast Australia

 

Trip ke Gold Coast Australia

 

Trip ke Gold Coast Australia

 

Trip ke Gold Coast Australia

 

Trip ke Gold Coast Australia

 

Trip ke Sea World Gold Coast

 

Trip ke Sea World Gold Coast

 

 

 

Last sekali MrJocko dan Shazmeer singgah di pertunjukkan ikan Lumba-lumba. Pertunjukkan ini ialah pertunjukkan paling best antara semua pertunjukkan yang ada. Anda akan teruja melihat ikan lumba-lumban berenang dan melompat setinggi 5-6 meter dari paras air dan beraksi bersama trainer ikan lumba-lumba. Ia memang pengalaman terbaik di Sea World Gold Coast, Australia.

 

Mulanya, di Sea World memang pening jugak la nak pegi mana satu. Nasib baik dalam map yang di berikan ada tunjuk show start pukul berapa dan lokasi show tersebut. Jadi dengan adanya Map Sea World, perjalanan kami senang sangat. 

 

Nak makan, senang pasal banyak cafe. Tetapi kena pilih pasal tak semua kedai makan dalam Sea World menyediakan makanan Halal. Aku ikut je Shazmeer, paling senang, aku makan Fish n  Chips saja. Air Coke boleh refill, memang berbaloi. Kalau beli baru dalam $5.90. Tetapi kalau refill sajer, cuma bayar $2.90. Untung refill pasal cup besar tu senang di bawak. Banyak beza nilai $3 tu kalau kali di’convert’ kepada duit RM.

 

Habis show semua dalam pukul 5.00pm. MrJocko tengok kedai semua mula nak tutup. Kami pun beransur keluar dan nak balik. Penat ni, kerana baru first day sampai Gold Coast. Esok nak jalan-jalan lagi..

 

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.