Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Trip Ke Universal Studios Japan Yang Awesome

Trip ke Universal Studios Japan baru-baru ini memang best! Ia antara trip dan percutian paling best yang pernah MrJocko sertai bersama rakan-rakan yang mana kami berpeluang seharian di dalam Universal Studios Japan dari awal pagi sehingga waktu malam, penutup taman tema yan terkenal di Jepun ini. Seharian di Universal Studios Japan meninggalkan seribu kenangan percutian terbaik.

Banyak yang nak MrJocko kongsi tentang Trip Ke Universal Studios Japan Yang Awesome. Sememangnya Universal Studios Japan ini menawarkan keriangan dan pengalaman percutian taman tema antara yang terbaik di Jepun, tidak kira untuk anda seorang, bersama kawan-kawan, apatah lagi bersama dengan keluarga dan anak-anak.

Baca : Apa Yang Best Di Universal Studios Japan Osaka

 



 

Trip Ke Universal Studios Japan Yang Awesome

Melancong ke Universal Studios Japan
 

Secara peribadi MrJocko boleh bahagikan Universal Studios Japan ini kepada 4 bahagian utama iaitu Universal Wonderland, The Wizarding World of Harry Potter, Ride Attractions dan Show Attractions. Ada lebih dari 34 aktiviti menarik yang boleh anda pilih di dalam Universal Studios Japan secara keseluruhan dan anda perlu bijak untuk menyusun masa anda untuk kenikmati keterujaan di dalam taman tema ini.

Yang pasti, tumpuan utama pengunjung ke Universal Studios Japan adalah untuk menikmati keriangan bermain di Harry Potter and The Forbidden Journey, The Amazing Adventures of Spider-Man, Hollywood Dream Backdrop Ride dan banyak lagi. 

Sebelum MrJocko cerita lagi, cepat book pakej Trip ke Universal Studios Japan dengan AirAsia 🙂

 

Trip Ke Universal Studios Japan Trip Ke Universal Studios JapanTrip Ke Universal Studios Japan

 

Universal Studios Japan di Osaka ini memang luas. Sepanjang ‘street’ di Universal Studios Japan, anda akan berpeluang berjumpa dengan pelbagai jenis maskot dan watak kartun seperti watak Sasame Street, Spider-Man, Frankestein, Minions dan banyak lagi. 

Orang dewasa macam MrJocko sendiri serta kanak-kanak sudah pasti tidak akan sabar untuk menyaksikan persembahan di sekitar jalan di Universal Studios Japan di mana  setiap beberapa jam, akan di susun persembahan di beberapa tempat di dalam taman tema ini. Sebaiknya, anda kena semak jadual yang disusun di dalam ‘Universal Studios Japan Schedule’ untuk membolehkan anda mendapat informasi yang lebih mudah tentang jadual setiap persembahan dan lokasi persembahan.

 

 



 

Trip Ke Universal Studios Japan Trip Ke Universal Studios Japan Universal Studios Japan 09

 

 

MrJocko sendiri berpeluang untuk mencuba ride terbaik di dunia, Harry Potter and The Forbidden Journey serta The Amazing Adventures of Spider-Man di Universal Studios Japan. Ride Hollywood Dream tak berani MrJocko cuba sebab gayat,,, ekekeke. Ride lain tak sempat nak singgah sebab kami asyik duk ambil gambar sana dan sini.

Sehari di sini, memang trip ke Universal Studios Japan is Awesome!!! Tidak tergambar keriangan dan keterujaan MrJocko bila berpeluang meneroka isi kandungan serta menaiki beberapa ride di taman tema Universal Studios Japan ini. Samada ride untuk orang dewasa, untuk kanak-kanak, semuanya memang akan mengujakan sesiapa sahaja.

Universal Studios Japan 10 Universal Studios Japan 11 Universal Studios JapanUniversal Studios Japan 14 Universal Studios Japan 16

Travel ke Universal Studios Japan Travel ke Universal Studios Japan Travel ke Universal Studios Japan Minions Travel ke Universal Studios Japan

Ada show Minions setiap hari 🙂

Di satu sudut yang lain, nampaknya The Wizarding World of Harry Potter menjadi pilihan utama golongan dewasa. Di sini, banyak bangunan, jalanan, kedai, sekolah Hogwarts dan banyak lagi dunia dari filem Harry Potter dibina. Bila MrJocko pusing sekeliling di  The Wizarding World of Harry Potter, terasa seakan berada di alam Harry Potter yang sebenar.

Memang MrJocko akui, pengalaman mencuba ride Harry Potter and The Forbidden Journey di Universal Studios Japan adalah ride terbaik setakat ini. Keunikkan anda menggembara ke alam Harry Potter menyingkap rahsia ahli sihir yang jahat serta bermain permainan Quidditch yang memang hebat dan awesome!!!

Paling best menjenguk sekolah Harry Potter

Melancong ke Universal Studios Japan Melancong ke Universal Studios Japan Melancong ke Universal Studios Japan Melancong ke Universal Studios Japan Melancong ke Universal Studios Japan

Hogwarts School di Universal Studios Japan

Menu di Universal Studios Japan Menu di Universal Studios Japan

Puas meneroka dan bermain di Universal Studios Japan, kami rehat sekejap di restoran untuk menikmati menu makan tengahari dan makan malam yang sedap. Dari makanan ringan sehingga menu makanan fine dining, semua ada di Universal Studios Japan. Anda tidak perlu lapar jika melancong ke Universal Studios Japan di Osaka ini kerana ada banyak pilihan makanan termasuk menu masakan Vegetarian dan makanan berasaskan ikan.

Banyak lagi yang tak sempat MrJocko cuba dan nampaknya, kena datang lagi untuk bercuti di Universal Studios Japan di Osaka ini.

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.