Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Trip KL Johor Bahru Teaser Day 1

Hari pertama memulakan perjalanan yang penuh dengan ‘selfie’ ini bermula dari Kuala Lumpur. Destinasi MrJocko adalah menuju ke Johor Bahru dan untuk berkongsi sedikit tentang Taman Tema Legoland dan juga Hotel Thistle Johor Bahru. Untuk itu, sedikit gambar tentang Trip KL Johor Bahru Teaser Day 1.

Penerbangan dari KLIA2 menuju ke Senai International Airport Johor Bahru agak penuh. Rata-rata yang menjadi penumpang AirAsia KL ke Johor Bahru adalah mereka yang mempunyai urusan kerja. Pasti lebih mudah bila naik flight dari KL ke Johor Bahru kan?

Dari Senai International Airport, kami terus menuju hotel, Thistle Johor Bahru yang terletak di tengah-tengah bandar dan berdekatan dengan Dataran Johor Bahru. Destinasi seterusnya ialah Legoland Malaysia… Yeay!!!

trip ke johor bahru teaser 01

Kami disambut oleh Mel, wakil pihak Legoland Malaysia dan dibawa untuk teroka apa yang ada di Legoland. Yes, semestinya taman tema Legoland Malaysia ini patut diberikan pujian dan ia memang menjadi tarikan utama jika anda ke Johor Bahru. Banyak yang menarik, MrJocko akan kongsi kemudian 🙂

Trip kami di Legoland Malaysia tamat sekitar jam 5.30 petang dan kembali ke hotel. Sudah terbayang di kepala, nanti akan ke sini nak bawa anak-anak untuk enjoy the games and rides di Legoland Malaysia. Paling best, kalau dapat menginap di Hotel Legoland Malaysia.

Malam, masa untuk rehat di Thistle Johor Bahru. Esok, kami akan teruskan perjalanan ke Jogja dari lapangan terbang Senai. Untuk anda orang Johor dan Singapura, lepas ini, mudah sahaja kalau nak ke Indonesia. 🙂

trip ke johor bahru teaser 01 trip ke johor bahru teaser 03 trip ke johor bahru teaser 01 trip ke johor bahru teaser 01 trip ke johor bahru teaser 06

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.