Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Berakhirnya Trip Kyoto Osaka Selama 5 Hari 4 Malam

Berakhirnya Trip Kyoto Osaka Selama 5 Hari 4 Malam untuk kami berdua. Rezeki kali ini bawa wife untuk mengenali negara Matahari Terbit, Jepun. Ini kali pertama wife ke sini dan kali ke 5 MrJocko menjejaki kaki ke negara yang terkenal dengan teknologi dan sifat rajin kerja rakyatnya. < Banyak lagi yang boleh MrJocko belajar jika dapat melancong ke Jepun. Masih ada banyak yang boleh diterokai di negara Jepun ini selain dari keindahan pemandangannya ketika musim bunga Sakura, musim winter ataupun warna-warni musim Autumn. InsyaAllah, kalau ada rezeki, nak bawak anak-anak pula mengenal dunia di negara Jepun ini. Baca : Cerita Menarik Percutian Honeymoon Ke Osaka Jepun

 



 

Trip Kyoto Osaka Selama 5 Hari 4 Malam

Trip Kyoto Osaka Selama 5 Hari 4 Malam

 

Sebab itu, kalau ada rezeki, memang destinasi melancong ke Jepun akan jadi salah satu destinasi wajib untuk dilawati setiap tahun. Ia antara destinasi yang unik kalau korang tahu bagaimana nak dapatkan tiket murah ke Jepun dan juga pakej penginapan yang murah untuk sekeluarga.

Sebenarnya, ada banyak pilihan hotel 5 Bintang, hotel bajet, dorm, capsul hotel di Jepun serta konsep Homestay yang boleh anda cuba inap di Jepun. Terpulang kepada bajet percutian anda. Semua boleh diuruskan dengan baik sekiranya korang pandai buat ‘research’.

Itinerary jadual perjalanan yang bagus akan membuatkan korang jimat untuk bajet hotel, perjalanan dan juga bajet untuk makan-makan.

Trip Kyoto Osaka Selama 5 Hari 4 Malam

Trip Kyoto Osaka Selama 5 Hari 4 Malam Trip Kyoto Osaka Selama 5 Hari 4 Malam Trip Kyoto Osaka Selama 5 Hari 4 Malam

 

Banyak tempat kalau korang nak buat rujukan. Blog MrJocko ada banyak kongsi pasal destinasi Tokyo, Osaka dan juga Fukuoka. Kalau nak cari info lain, banyak juga info tentang tempat menarik di Jepun, tempat makan halal di Jepun dan juga lokasi shopping menarik di Jepun boleh anda Google di internet. Ramai rakan-rakan blogger menulis tips travel ke Jepun. Rajin-rajin la baca sebelum melancong ke sana.

 

travel bajet ke Jepuntravel bajet ke Jepun

 



 

Sebaiknya, beli tiket paling murah di AirAsia semasa promosi Free Seat ataupun Zero Fares AirAsia. Paling murah pernah MrJocko lihat dulu, RM500 untuk penerbangan pergi dan balik dari KLIA2 ke Haneda. Tapi sekarang, rasanya susah dah nak dapat harga tiket murah ke Jepun seperti itu.

Namun, secara peribadi, kalau ada harga tiket dari KLIA2 ke Jepun dengan harga sekitar RM700 pergi balik, itu adalah harga tiket penerbangan murah yang patut korang beli.

 

Trip Kyoto Osaka 5 Hari 4 Malam Trip Kyoto Osaka 5 Hari 4 Malam Trip Kyoto Osaka Selama 5 Hari 4 Malam Trip Kyoto Osaka 5 Hari 4 Malam

 

Satu lagi, bukan nak memuji, tetapi memang dah banyak kali MrJocko buat perbandingan bila nak beli tiket. Setakat ini pakej harga dari AirAsia adalah yang termurah berbanding dengan syarikat penerbangan lain jika ingin melancong ke Jepun. 

Memang betul bagasi dan makan minum tidak termasuk, tetapi itu semua bukan kemestian. Untuk satu penumpang, satu bagasi seberat 7kg masih boleh diterima untuk dibawa ke dalam kabin. Memandangkan flight ke Jepun sekitar 6 jam, kalau tak perlu makan, jangan beli. Kalau nak beli, boleh beli online dengan harga bermula dari RM15 untuk satu set (biasanya). Masih lagi murah…

Terima kasih kepada penaja penginapan MrJocko di Kyoto iaitu Kyoto Traveller’s Inn dan juga Via Inn Shinsaibashi Nagahoridori kerana sudi mengajak MrJocko merasai pengalaman menginap di hotel mereka.

Korang boleh cuba menginap di sana, InsyaAllah, korang akan berpuas hati…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.