Trip MrJocko Ke Legoland Yeay!!!
|Tiada apa yang best bila menyambut Hari Malaysia dengan bersama-sama sekumpulan mereka yang sangat bertuah untuk sama-sama sertai majlis Pembukaan Legoland Malaysia di Johor. Fuh!!! Mana tak best, semua perbelanjaan, perjalanan pergi balik, hotel, tiket masuk ke Legoland, makan minum semua la, semuanya adalah PERCUMA. Wowww!!!
Memang best bila MrJocko dapat peluang sertai aktiviti Trip Ke Legoland Bersama Maybank dan trip ke sana memang best. Dari KL kami ke sana menaiki bas yang di sediakan. Kami yang terpilih bersama keluarga berpeluang untuk menikmati trip Fullboard Legoland Malaysia serta penginapan.
Tengok saja gambar di atas, semua gembira tak sabar nak masuk ke Legoland, MrJocko pun sama tak sabar. Sebelum masuk bergambar di pintu masuk dulu. Kemudian kami beratur untuk sama-sama masuk ke Legoland. Tak sabar dah ni nak naik Rides kat sana…
Masa tu excited beratur tu,,, tiba-tiba rasa macam hujan. Aiseh,,, kenapa la tiba-tiba hujan, pastu sayup bunyi ada orang panggil nama MrJocko… sayupppp jer,,, “daddy, bangun, dah lambat ni nak pergi kerja…” Alamak,,, aku mimpi ker,,, chaitsss
Ini lah kisah MrJocko yang terbayang-bayang dengki lihat citer Eyriqazz dan satu family ke Legoland Malaysia Bersama Maybank,,, tak puas hati sungguh…
Nak tau lebih lanjut sila ke cerita Eyriqazz ke Legoland Malaysia. Mencikkkkk tak ajak aku,,, 🙂
Glamorous MrJocko