Nak cerita trip honeymoon baru MrJocko ke Jepun. Ini cerita Trip Muslim Bajet ke Osaka Kyoto Teaser Day 1. MrJocko rancang untuk percutian bajet ini sejak bulan Oktober 2016. Kebetulan masa beli tiket ini di laman web AirAsia.com.my, kami dapat harga yang cukup murah. Kami bayar RM1,400++ sahaja untuk 2 tiket pergi balik dari KLIA2 ke Osaka. Murah kan?
Trip Muslim Bajet ini kami cuba untuk kembara meneroka satu lagi destinasi menarik di Jepun iaitu Kansai Prefecture. Sebenarnya Kansai Prefecture meliputi kawasan bernama Mie, Shiga, Kyoto, Osaka, Hyogo, Nara dan Wakayama.
Baca : Apa yang menarik di Jepun?
Trip Muslim Bajet ke Osaka Kyoto Teaser Day 1

MrJocko ambil penerbangan jam 8.00am dari KLIA2. Dengan penerbangan selama lebih kurang 7 jam 30 minit ini, kami sampai di Kansai Airport sekitar jam 3.30pm (waktu Jepun). Dalam sekitar 30 minit kami selesai urusan Imigresen dan Kastam.
Keluar sahaja, kami terus ambil keretapi JR Line menuju ke Osaka Station dan kemudian menuju terus ke Kyoto Station. Walaupun jauh, tapi tak susah sangat kalau anda tahu baca ‘route’ keretapi, LRT dan subway di Jepun.

Wife yang pertama kali teruja dengan Vending Machine minuman di Kansai Airport

Dari Kyoto kami ambil laluan ke Kyoto sekitar jam 5.30pm. Oleh kerana lapar, kami singgah untuk makan dulu sebelum meneruskan perjalanan kami ke Higashiyama Station. Ini kerana, kami menginap di Hotel Travellers Inn Kyoto. Ini lokasi yang agak popular di sekitar Kyoto kerana ada banyak tarikan di sini.
Kalau nak lihat dan survey boleh klik di sini http://www.k-travelersinn.com/english/
Trip Muslim Bajet ke Osaka Kyoto Teaser Day 1

Terbaik juga servis di Kyoto Travellers Inn ni. Kami sampai saja, mereka dah susun dengan cepat beg dan barang kami. Sebab kami nak pergi dinner, mereka uruskan semua dan kami hanya berjalan kaki ke restoran berdekatan.
Hotel Travellers Inn Kyoto ni walaupun hanya sekadar hotel 2 Bintang tetapi layanan dan servis memang terbaik, seumpama layanan 4 Bintang. Thumbs Up!!!