Hari kedua, MrJocko dan Wife menginap di Hotel Traveller’s Inn Kyoto. Best tido nyenyak. Seawal pagi, kami dah bangun untuk ke Stesen Saga-Arashiyama. Untuk Trip Muslim Bajet ke Osaka Kyoto Teaser Day 2 ini kami akan melihat tempat menarik di Kyoto iaitu Arashiyama Bamboo Forest.
Kalau nak tahu, Arashiyama Bamboo Forest di Kyoto ini adalah antara tempat popular di Kyoto yang anda wajib singgah kalau melancong ke Kansai Prefecture.
Trip Muslim Bajet Ke Osaka Kyoto
Dari Stesen Higashiyama kami ke Stesen Saga-Arashiyama. Hanya 2 stesen dan kami sampai. Kali ini kami dibawa untuk pusing Arashiyama Bamboo Forest dan juga Tenryuji. Nanti MrJocko akan kongsi tentang tempat menarik di Arashiyama ni untuk rujukan perjalanan korang semua.
Menjelang waktu tengahari, kami singgah untuk makan tengahari di sebuah restoran yang ekslusif di sini diberi nama Benkei Restaurant. Untuk info, Benkei ini mempunyai restoran yang terbaik di Arashiyama dan juga resort luxury untuk korang cuba.
http://www.mrjocko.com/2017/02/trip-muslim-bajet-ke-osaka-kyoto-teaser-day-1.html
Ramai yang ingat Kyoto adalah bandar orang tua. Tetapi sebenarnya ia tidak betul. Rakyat Jepun sendiri ramai yang suka singgah melancong di Kyoto. Kyoto antara bandar yang sinonim dengan cerita Geisha Jepun dan juga bandar yang banyak cerita tentang Maharaja Jepun dahulu kala.
Rezeki kami, seharian kami dibawa melawat pekan Arashiyama oleh Mr Suichi Kato, yang merupakan antara orang kuat Persatuan Penduduk Arashiyama. Nanti MrJocko kongsi tentang keunikkan kedai menjual Bantal Tradisi Jepun milik Mr Kuichi Sato.
Sebelum pulang ke Kyoto, kami singgah di Guido Reuge Museum. Kalau nak tahu, ini antara Muzium Music Box terbaik yang pernak MrJocko lawat setakat ini. Banyak yang menarik dengan koleksi music bos yang berusia ratusan tahun dan unik.
Menjelang ke malam, kami ke bandar Kyoto. Tujuan kami nak pusing dulu bandar Kyoto sambil melihat apa yang menarik di Kyoto Jepun. Antara yang sempat kami singgah di stesen Kyoto dan juga kedai elektrik terkenal di Jepun Yodaibashi.
Kalau dah sampai Yodaibashi, kami cari la mana yang patut. Tapi sekadar melihat jer la. Paling menjadi tumpuan, kami singgah untuk beli jam tangan G-Shock di Don Quixeto, antara kedai serbaneka terkenal di Jepun.
Apa yang kami beli? Tunggu cerita di entry penuh nanti…