Dua hari berada di Kyoto memang tak puas. Hari pertama kami cuma pusing sekejap sebab sampai di sana sudah waktu petang. Hari kedua, kami pusing Arashiyama dan juga malam di bandar Kyoto. Hari ni, hari ketiga sudah kena pergi ke Osaka. Ini sedikit cerita tentang Trip Muslim Bajet Ke Osaka Kyoto Teaser Day 3.
Kyoto memang ada banyak lagi lokasi yang boleh kami terjah. Kalau nak ke sini, musim Winter, Autumn dan juga musim Sakura adalah waktu terbaik. Walaupun masa ini agak peak, tetapi ia tetap lokasi wajib lawat kalau nak ke Jepun.
Baca : Pengalaman Menginap di Hotel Kyoto Travellers Inn Osaka
Trip Muslim Bajet Ke Osaka Kyoto Teaser Day 3

Baca : Harga Pakej JR Pass Osaka Kyoto Jepun
Dua malam menginap di Kyoto Travellers Inn memang puas hati. Bilik di sini agak sederhana tetapi selesa kerana bilik di Traveller’s Inn Kyoto baru sahaja diubahsuai. Nanti MrJocko kongsi Kyoto Traveller’s Inn Room Rates dan juga gambar bilik di sini.
Traveller’s Inn Kyoto antara hotel yang boleh anda cuba jika menginap di Kyoto.

Dari Stesen Higashiyama, kami ambil route berlainan dan terus menuju ke Osaka. Kali ini, nak cepat tak perlu singgah Stesen Kyoto. Ambil sahaja route yang diluar jalan utama menuju ke Osaka, ia lebih cepat dan murah.
Alhamdulillah, dari Stesen Higashiyama kami bertolak sekitar jam 11.30am dan sampai di Via Inn Hotel Shinsaibashi Nagahori Dori sekitar jam 3.30pm. Itu pun sebab kami singgah untuk pusing sekitar Shinsaibashi sebelum check-in hotel di Via Inn.

Sebab lapar, kami singgah makan set Okonomiyaki. Pakej ini cuma 2,800 (RM112) Yen untuk makan tengahari 2 orang. Kenyang, walaupun makan telur, sayur dan juga sotong grill.
Lepas lunch, kami terus ambil laluan untuk ke Universal Studios Japan. Memang tak sempat untuk singgah masuk ke dalam taman tema, tetapi kami sekadar singgah untuk melihat lokasi menarik di Osaka. Lagipun di situ ada banyak kedai yang best, termasuk Hard Rock Osaka.

Cuaca agak sejuk di Osaka. Masa tu, sekitar 5 darjah Celcius. Nasib baik angin tak kuat. Pun gitu, memang rasa tetap menusuk ke jari jemari.
Yang paling suka, Wife. Sebab dia tak pernah sampai sini. Plan asal memang nak masuk ke taman tema, tetapi memang tak sempat. Rugi la kalau masuk ke sana waktu petang. InsyaAllah, next time MrJocko mintak sponsor dari Universal Studios Japan :).

Trip Muslim Bajet Ke Osaka Kyoto
Dah nak dekat jam 9.00pm baru kami balik ke hotel Via Inn Shinsaibashi Nagahori Dori. Tak sampai sejam kami dah sampai di bilik dan masa untuk rehat dulu. Terima kasih atas tajaan bilik ini. Ini antara hotel yang punyai rangkaian yang agak besar di Jepun. Ia adalah dibawah satu network dengan jaringan JR Group di Jepun.
Ruang bilik Via Inn ini agak besar, Rezeki kami memang sangat murah untuk trip kali ini. InsyaAllah MrJocko akan review hotel Via Inn di Osaka ini. Mungkin ia boleh beri anda info ringkas tentang hotel yang best di Osaka yang boleh anda cuba.
Cukup dulu untuk Teaser hari ketiga ke Osaka Kyoto. Nanti baca lagi review tentang trip ke Osaka dari Travel Blogger MrJocko ni yer 🙂