Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Trip Muslim Bajet Ke Osaka Kyoto Teaser Day 4

Hari ketiga kami dah sampai bandar Osaka dan menginap di Via Inn Shinsaibashi Nagahoridori. Memandangkan ia lokasi strategik, kami teruskan kembara kami hari keempat. MrJocko nak kongsi Trip Muslim Bajet Ke Osaka Kyoto Teaser Day 4, hari keempat kami ke Osaka Castle, Tempozan, Shinsekai dan juga sekitar Shinsaibashi.

Kalau betul nak melancong ke Kansai, memang tak cukup seminggu. Nak betul-betul kenali Kansai Prefecture, kena la duduk sini setahun dua. Kalau nak cover satu bandar Osaka, kena pusing kawasan ni untuk sebulan, baru la boleh cover tempat-tempat menarik di Kansai.

Trip Muslim Bajet Ke Osaka Kyoto Teaser

trip muslim bajet ke osaka kyoto

 

Memandangkan hotel Via Inn Shinsaibashi Nagahoridori menyediakan sarapan pagi (complementary) kami sarapan dulu. Jam 10.00am terus kami bertolak menuju ke Osaka Castle. Mudah sahaja, kami naik dari Hommachi Station ke Morinomiya Station. Cuma 10 minit, kami dah sampai di Osaka Castle Park. Untuk perjalanan Subway hari ini, kami beli 1 Day Pass Subway Sahaja berharga 600 Yen (RM24). Pass Subway ini adalah pass unlimited ride untuk satu hari menggunakan perkhidmatan Subway Sahaja di Osaka.

Bila dah sampai di Morinomiya Station, keluar ikut pintu 1 atau pintu 3B untuk ke Osaka Castle Park. Taman ini agak luas, kalau tak pandai cari, korang boleh sesat dalam taman ni. Tapi jangan risau, ikut sahaja ‘crowd’ yang ada disitu, kebanyakkannya memang nak ke Osaka Castle. 

 

trip muslim bajet ke osaka kyoto trip muslim bajet ke osaka kyoto trip muslim bajet ke osaka kyoto trip muslim bajet ke osaka kyoto

 

View di Osaka Castle memang cantik. Istana yang terkenal di Jepun ini juga dikenali sebagai Osakajo. Istana ini pernah dimusnahkan dan ia dibina kembali. Tengok sahaja rekabentuk dan senibina ini, jelas menunjukkan Jepun memang maju dalam bidang ketenteraan sejak dulu.

Untuk info, masuk untuk ke kawasan Osaka Castle adalah percuma. Tetapi kalau nak masuk ke Osaka Castle, kena la bayar.  Kalau sekadar nak saksikan keindahan pemandangan di sini, 2 jam sudah cukup.

Dari Osaka Castle, kami terus ke Tempozan. Mudah juga nak ke Tempozan Ferris Wheel ini kerana kami ambil laluan yang sama, hanya sekitar 25 minit sahaja perjalanan termasuk berjalan kaki. Kami stop di Osakako Station dan terus nampak Ferris Wheel yang terbesar di Jepun.

 

trip muslim bajet ke osaka kyoto trip muslim bajet ke osaka kyoto trip muslim bajet ke osaka kyoto

 

Apa yang ada di Tempozan Marketplace ni? Macam-macam menarik ada sekitar Tempozan area. Nanti MrJocko share tentang Mini Legoland Osaka, Osaka Aquarium dan juga Osaka Culture Museum. 

Kalau ke Osaka, ambil subway dan mesti datang ke Tempozan. Berbaloi untuk habiskan separuh hari di sini sambil menaiki Ferris Wheel terbesar di Jepun.

Trip Muslim Bajet Ke Osaka Kyoto Teaser

trip muslim bajet ke osaka kyoto

trip muslim bajet ke osaka kyoto

 

Lepas waktu Maghrib, kami kembali ke Shinsaibashi. Apa yang menarik di Shinsaibashi memang tak cukup kaki tangan untuk kami kira. Ia umpama pusat tumpuan warga Osaka dan juga pelancong bila tiba waktu malam.

Ade lorong shopping street, gerai makanan street food, bar, pusat hiburan dan macam-macam lagi.

Kami puas hati, memang jauh perjalanan ‘jalan kaki’ kami. Sampai lenguh-lenguh, tapi, memang puas. Jam 11.00pm baru sampai bilik hotel. Awesome!!!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.