Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Trip Muslim Bajet Ke Osaka Kyoto Teaser Day 5

Tak sedar masa berlalu, sudah 5 hari kami di Osaka dan Kyoto. Trip kembara kami rasa macam sekejap sahaja. Dari hari pertama hinggalah sekarang hari kelima, rasa tak puas melancong ke Osaka Kyoto. Apapun, ini cerita pendek dulu tentang Trip Muslim Bajet Ke Osaka Kyoto Teaser Day 5.

Hari kelima, masa untuk kami pulang ke Kuala Lumpur. Memandangkan flight kami jam 3.45 petang, kami check-out dari hotel jam 10.00am. Langsung terus ke tempat sarapan dan seterusnya menuju ke lokasi Shinsaibashi untuk last minutes shopping.

Trip Muslim Bajet Ke Osaka Kyoto Teaser Day 5

Trip Muslim Bajet Ke Osaka Kyoto Teaser Day 5

 

Penginapan selama 3 hari 2 malam di Via Inn Shinsaibashi Nagahoridori memang memuaskan. Hotel ini sangat berbaloi untuk anda cuba. Lokasi hotel hanya berada diatas Stesen Subway Shinsaibashi dan dekat dengan tempat shopping Shinsaibashi dan Dotonbori.

Setakat jalan kaki selama 10 hingga 20 minit di Jepun memang tidak terasa kerana udara sejuk dan nyaman serta kondisi jalan kaki lima yang memang mudah dan friendly user.

 

Trip Muslim Bajet Ke Osaka Kyoto Teaser Day 5 Trip Muslim Bajet Ke Osaka Kyoto Teaser Day 5

 

Last minutes shopping di Shinsaibashi memang menarik. Habiskan duit Yen yang kami ada. Bayangkan, masih berbaki sekitar 20,000 Yen. Sempat la habiskan untuk belikan souvenirs dan juga jam tangan Baby-G untuk wife.

Dari hotel kami, Via Inn Shinsaibashi Nagahoridori kami jalan kaki sahaja menuju ke Shinsaibashi Shopping Street dan seterusnya ke stesen Osaka Namba. Dari Osaka namba kami ke Kansai International Airport.

Dari Osaka, ada banyak keretapi yang boleh bawa korang ke Kansai Airport. Nak yang ekspress pun ada, nak yang biasa pun ada. Pastinya kalau nak yang ekspress harga lebih mahal. Kami ambil keretapi biasa dan bayar 1,430 Yen untuk seorang (RM55 seorang).

 

Trip Muslim Bajet Ke Osaka Kyoto Teaser Day 5

 

Kalau nak tahu, Kansai Airport antara lapangan terbang yang agak sibuk. Sebaiknya, kalau anda nak check-in untuk penerbangan, baik pergi awal. Sebaiknya buat online check-in dulu kalau anda dengan penerbangan AirAsia atau penerbangan lain. Ini kerana, waktu beratur dan urusan check-in kaunter di Kansai Airport agak details berbanding di KLIA atau KLIA2.

Itu belum termasuk masa untuk anda beratur urusan Kastam dan Security Check. 3 kali berada di Kansai Airport, banyak kali MrJocko lihat Queue panjang untuk check-in di kaunter penerbangan masing-masing. Bayangkan kalau anda lambat? Bukan kah akan jadi huru hara?

 

Trip Muslim Bajet Ke Osaka Kyoto Teaser Day 5 Trip Muslim Bajet Ke Osaka Kyoto Teaser Day 5

 

Alhamdulillah, kami sampai awal dan urusan kaunter check-in AirAsia di Kansai Airport juga agak cepat. Sejam awal sampai di lapangan terbang, sempat la pusing untuk tengok apa yang menarik dan shopping barang duty free.

Terima kasih buat penaja kali ini, Ms Izumi Nakagawa Traveller’s Inn Kyoto, Mr Shuici Kato Owner of Plantz Arashiyama, Hotel Via Inn Shinsaibashi Nagahoridori dan juga AirAsiaGo. Semestinya partner Blooggers Media di Jepun iaitu Mr Nagaoka dari Japan Relations.

InsyaAllah, kami akan singgah lagi melancong ke Osaka, Kyoto dan lokasi menarik di Kansai Prefecture.

Kalau nak baca Trip Muslim Bajet Ke Osaka Kyoto Teaser Day 1 hingga ke Teaser Day 4 anda boleh klik pautan di bawah : 

Trip Muslim Bajet ke Osaka Kyoto Teaser Day 1

Trip Muslim Bajet ke Osaka Kyoto Teaser Day 2

Trip Muslim Bajet Ke Osaka Kyoto Teaser Day 4

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.