Site icon Travel Blogger Malaysia

Trip Pelayaran Genting Dream Cruise 3 Hari 2 Malam

Impian seperti pelayaran Titanic, dengan menaiki kapal cruise yang besar dan menyusuri laut lepas meredah ombak dengan kemudahan bilik terbaik, makanan yang sedap dan bercirikan lifestyle mewah. Itu yang kami cari dan inginkan bila pertama kali membuat tempahan ke kapal laut yang besar ini. Untuk anda, ini adalah permulaan trip pelayaran Genting Dream Cruise selama 3 Hari 2 Malam. Harganya? Kami akan kongsikan.

Pelayaran Cruise yang hebat ini akan bermula dari PKCT Pelabuhan Klang menuju ke Singapura. Ia akan berlabuh separuh hari di Pelabuhan Marina Bay, Singapura dan kemudian akan kembali bertolak balik ke laut lepas dan menuju ke Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia.

Baca : Pakej Harga Pelayaran Islamik

pelayaran genting dream cruise singapura

 


Trip Pelayaran Genting Dream Cruise 3 Hari 2 Malam
 

Kapal laut yang besar ini akan bertolak sekitar jam 10.00 malam dari Pelabuhan Klang. Namun, protokol untuk kemasukan ke kapal persiaran ini hampir sama dengan perlepasan antarabangsa menaiki penerbangan kapal terbang. Ini kerana, anda akan melawati dan memasuki perasiran antarabangsa dan berlabuh di Singapura.

SEMUA PENUMPANG DIWAJIBKAN MEMPUNYAI PASSPORT YANG SAH

Kami sampai di Port Klang Cruise Terminal (PKCT) seawal jam 7.00 malam dan kemudian memasuki ruangan menunggu. Penumpang akan diberikan Kod Perlepasan dan kemudian akan diberikan Tag ID untuk dipakai selama berada di atas Cruise. Kemudian kami melepasi Kaunter Imigresen dan Kastam untuk pemeriksaan bagasi. Selepas semua selesai, baru diberikan laluan untuk masuk ke pintu utama Cruise.
 


 

Sekitar dalam jam 11.00pm, kami memasuki Cruise dan menuju ke bilik masing-masing. Tak perlu tunggu lama, terus ke Deck 16 untuk ke ruangan Kolam Mandi dan Pentas Utama. Bergambar sekejap dan terus ke Restoran Lido, satu-satunya Restoran Dengan Sijil Halal untuk jamuan Supper. Semua hidangan adalah dalam bentuk Buffet dan punyai variasi makanan Melayu, Cina, India, Western, Salad, Roti dan pelbagai jenis pencuci mulut. Tunggu kami share lagi untuk menu halal Restoran Lido.

 


 

Selepas kenyang, barulah santai kami lepak diatas Deck 16 sambil menikmati permulaan cruise yang mula bergerak dari Pelabuhan Klang menuju ke destinasi kami. Cukup dulu, untuk cerita selanjutnya, kami akan kongsi harga, gambar bilik Genting Dream Cruise dan juga aktiviti terbaik di dalam pelayaran ke Singapura ini.
 

Resorts World Genting Dream Cruise ialah pengalaman pelayaran mewah dan mengasyikkan yang ditawarkan oleh Genting Dream, sebuah kapal persiaran yang dimiliki oleh Resorts World Cruise. Ia menawarkan pelbagai kemudahan dan pilihan hiburan kepada penumpangnya. Pelayaran ini mempunyai kabin yang luas, restoran yang elegan, bar yang meriah, dan tempat hiburan yang mendebarkan seperti teater, kasino dan kelab malam. Penumpang boleh menikmati pelbagai aktiviti seperti berenang di kolam renang, bersantai di spa atau menikmati kemudahan sukan luar. Dengan pemandangan lautan yang menakjubkan, perkhidmatan yang luar biasa, dan pengalaman atas kapal yang pelbagai, Resorts World Genting Dream Cruise menjanjikan percutian yang tidak dapat dilupakan dan memanjakan di laut.

Exit mobile version