Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Trip Pertama Kali Ke LABUAN

Nak cerita kisah Trip Pertama Kali Ke LABUAN. Ya, walaupun Labuan berada dalam Malaysia, ini memang pertama kali kami sampai ke Wilayah Persekutuan Labuan.

 

 

 

 

First time kami jejak kaki ke Labuan, satu pengalaman baru di Pulau ini. Sebelum ni, macam biasa, ramai bertanya, buat apa ke Labuan? Apa yang best di Labuan???

Kalau tanya kat aku, banyak yang menarik di Labuan. Paling menarik, kerana ia juga salah satu Pulau Bebas Cukai dan juga pusat makanan laut… tentu la aku suka makan makanan laut,,, Shopping tak ada la sangat di Labuan, tetapi ada beberapa lokasi view menarik dan tempat mandi laut best.

 

Ini lah permandangan Persisir Pantai Labuan sebelum mendarat. Nampak tak laut kat sana? Cantik bukan berbeza dengan Semenanjung Malaysia. Nampaknya pantai kat sini lebih warna kebiruan berbanding pantai di Semenanjung Malaysia.

 

 

 

Ini adalah bangunan pasaraya di Ujana Kewangan. Kira ni kawasan LOFSA dan kami tinggal di Beta Apartment, sebelah jer dengan shopping Mall ni. Dalam tu ada macam2 kedai, kedai makan, bank, kedai pakaian, mainan, kedai runcit dan juga Parkson Mall.

Nak cari tempat makan di sini mudah sahaja. Nak cari menu western, menu Malaysia, menu fast food banyak ada di jual di sini. Tak payah nak cari jauh-jauh.

 

 

 

 

 

 

 

 

Kat Labuan, aku cadangkan korang sewa kereta pusing pulau. Sewa VIVA cam aku ambik ni sekitar RM55 sahaja. Petrol cuma RM10 pusing satu pulau. Murahkan??? Boleh pusing dari hujung sana sampai hujung sini. Jangan risau, korang takkan sesat, Jalan kat sini senang sajer…

Pulau Labuan ni tidak la besar mana. Kalau anda memandu seharian, boleh pusing 2 kali. Kalau nak santai memang boleh sangat pusing sekitar persisir pantai sambil menikmati bayu laut.

 

 

 

Dah cukup belum intro pasal Labuan? Ini cerita ringkas tetang apa yang menarik di Labuan. InsyaAllah, kemudian nanti aku ceritakan tempat2 yang aku rasa best semasa kat Labuan 🙂

MrJocko.com

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.