Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Berakhirnya Trip Sekeluarga Melancong Ke Perth Australia Travel Budget

Perth memang destinasi percutian keluarga yang agak berbaloi. Mulanya bila dengar tentang Australia, ramai yang akan fikir mahal untuk melancong ke sini, tetapi sebenarnya ia percutian yang agak berbaloi dan mampu milik untuk kebanyakkan orang. Entry ini, entry untuk menceritakan bahawa berakhirnya Trip sekeluarga melancong ke Perth selama 5 hari 4 malam.

Untuk wife dan anak-anak MrJocko, banyak yang mereka belajar tentang Australia yang tidak ada di Malaysia. Dari hari pertama sampai hingga waktu nak pulang, kami belajar banyak perkara dan kenangan di Perth sekeluarga akan menjadi antara kenangan percutian yang indah buat kami semua.

Baca : Bilik Sewa Murah di Perth Australia Guna AirBNB

 


Pengalaman Kami Sekeluarga Melancong Ke Perth

Melancong ke Perth
 

Sejak dari hari pertama kami sampai di Airport Perth, ada rakan yang sudah mengucapkan terima kasih dengan informasi tentang lokasi surau di Airport, cara nak beli Sim Kad Prepaid di Australia dan juga cara nak sewa kereta di Airport. Sedikit sebanyak, informasi seperti itu memudahkan sesiapa sahaja untuk melancong ke Perth.

Dari Airport kami singgah bersantai di Kings Park & Botanic Garden dan kemudian check-in di homestay cara Australia menggunakan AirBNB. Ternyata ia berbaloi.

 

Melancong ke Perth Melancong ke Perth Melancong ke PerthMelancong ke Perth Melancong ke Perth

 

Kemudian keesokkannya kami memandu ke Lancelin Sand Dunes untuk bermain pasir dan kemudian ke Taman Negara untuk melihat keindahan Pinnacles Park yang menjadi tarikan ramai di Western Australia. Malam itu, kami menginap di Pinnacles Holiday Park, pusat sehenti bagi mereka yang menggunakan Caravan di Cervantes, sebuah pekan kecil.

Dari Cerventes, kami berpengalaman makan makanan laut Lobster yang terbaik di Australia dan memandu sejauh 500 km menuju ke Bunbury. Walaupun tidak lama di Bunbury, tetapi keindahan pantai dan Dolphin Recovery Centre di sini memang menarik.

 

Trip Sekeluarga Melancong ke Perth

Melancong ke Perth Melancong ke Perth

Baca : Shopping Best di Freemantle

melancong-ke-perth-10 Melancong ke Perth Melancong ke Perth

 

 

Bunbury menuju ke pusat bandar Perth tidak jauh. Sekitar 2 jam anda sudah boleh sampai dan pilih tempat shopping menarik di Perth seperti Fremantle Markets dan juga paling murah di E-Shed Markets. Nak cari menu Fish & Chips murah dan sedap, ada banyak restoran di sekitar Fremantle Harbour menyediakan menu yang berbaloi untuk anda cuba.

Malam itu, kami menikmati pemandangan indah bandar Perth dan Swan River sekali lagi dari Kings Park & Botanic Garden. Selepas itu, kami menginap di Hotel Rendezvous Studio untuk malam terakhir kami di Perth.

Hari kelima, hari terakhir, kami singgah di Caversham Wildlife Park untuk beberapa jam sebelum kami menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada tengahari jam 12.30 pm. Alhadulillah, kami sempat dan semua berjalan lancar.

InsyaAllah, kalau ada rezeki, kami akan melancong ke Perth sekali lagin untuk meneroka Western Australia yang memang menakjubkan. Terima kasih kepada AirAsia dan juga pilihan tempahan hotel menggunakan AirBNB, Trivago, Hotels.com dan juga Expedia.

 

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.