Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tips Travel Trip Ke Hong Kong Mana Nak Pergi?

Cuma beberapa hari lagi MrJocko akan ke Hong Kong. Yes, ini kali pertama kali ke Hong Kong dan sudah pasti ia agak mengujakan. Soalan pertama Trip Ke Hong Kong, Mana nak pergi? Apa tempat menarik di Hong Kong yang wajib MrJocko kunjungi? Ada ke makanan halal di Hong Kong? Bagaimana dengan penginapan di Hong Kong?

Ada banyak info tentang pelancongan muslim di Hong Kong dan boleh anda cari di website termasuk beberapa info dari rakan blogger. Nak cari info lain, boleh jenguk laman web Discover Hong Kong dan juga cerita travel Kisah Tatie Hong Kong .

 


Tips Travel Trip Ke Hong Kong China

 

Antara tempat menarik di Hong Kong, anda boleh jenguk apa yang dicadangkan di laman web Discover Hong Kong. Antara senarai lokasi menarik di Hong Kong yang mereka cadangkan ialah bangunan The Peak, Hong Kong Disneyland, Ocean Park Hong Kong, Ladies Market dan juga Temple Street Night Market. Ini antara Top 5 lokasi menarik di Hong Kong yang yang anda boleh cuba. Setakat ini, memang kami nak cuba ke lokasi yang di cadangkan ini.

Pengangkutan di Hong Kong

Setakat ini yang menjadi isu utama ialah perjalanan dari Airport untuk ke lokasi hotel sekitar Kowloon dan sekitarnya. Yang paling mudah ialah menaiki teksi, tetapi sudah pasti harga tambang teksi dari airport mahal berbanding transport lain. Pilihan kami, sudah pasti Airport Shuttle Bus. Itu jer yang menjimatkan. Nanti MrJocko update.

Makanan Halal di Hong Kong

Kat kawasan Masjid di Hong Kong ada banyak lokasi restoran Halal. So, setakat ini tidak ada masalah, Lagipun, rasanya memang nak bawak Maggi Cup untuk ke sana. Jimat sikit kan?

Tempat Shopping

Kalau kaki shopping, katanya musim hujung tahun seperti musim cuti Krismas dan akhir tahun, ada banyak lokasi kedai yang menjual barangan mereka dengan harga diskaun yang sangat murah. Betul ke shopping di Hong Kong murah? Kita teroka kisah shopping kemudian di entry yang akan datang.

Hotel di Hong Kong

Banyak lokasi hotel bajet di Hong Kong. Yang penting kena booking awal untuk memudahkan urusan. Bagi MrJocko, paling mudah, booking dengan laman web www.AirAsiaGo.com.my. Kat sini, boleh pilih samada nak hotel mahal, murah atau hotel eksklusif, semua ada. Bayar jer mana satu korang nak.

Cuaca Di Hong Kong Disember 2015

Sekarang ni dikhabarkan cuaca di Hong Kong sekitar 15 – 20 Darjah Celsius. Kira sejuk jugak la, tetapi tak perlu pakai baju tebal. Nampaknya, suhu dingin seperti ni sesuai dengan masa untuk bercuti dalam keadaan dingin dan selesa. Tapi ada yang bagi info, kalau angin kuat, terasa juga sejuk sampai ke tulang. Maklum la, Hong Kong terletak di tepi laut.

InsyaAllah MrJocko akan kongsi beberapa Tips dan Info tentang Trip Ke Hong Kong selepas trip ini. Nak cerita banyak, belum lagi sampai ke Hong Kong. Jadi, buat masa ni, sabar dulu, Keep Calm and Follow MrJocko di Facebook dan Instagram 🙂

Leave a Reply Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.