Cerita Trip to Krabi Cari Pakej Muslim untuk teaser 2 mungkin lebih menarik bagi anda. Semalam, hari pertama di Krabi, biasa sahaja, tetapi info yang MrJocko dapat memang menarik. Bayangkan, ada perkampungan Muslim berdekatan Krabi, yang ramai tidak tahu. Kat situ, makan murah, sedap dan memang terbaik.
Pakej Percutian Muslim ke Krabi
Trip To Krabi Cari Pakej Muslim
Untuk baca teaser boleh baca dulu di sini :
http://www.mrjocko.com/2016/10/trip-krabi-cari-pakej-muslim-teaser-1.html
Hari kedua lebih mencabar. Kami tidak duduk diam. Bermula dengan aktiviti berkayak sepanjang laluan sungai lebih kurang 4km, kami kemudian mendaki dan meneroka Gua yang punyai sejarah tersendiri. Pengalaman melihat Stalactite dan Stalagmite memang memukau.
Yang lebih menarik, di gua ini ada lukisan zaman purba. Ia adalah khazanah yang terkenal di Krabi. Daya tarikan utama pelancong ke sini, selain dari keindahan pantai dan pulau serta makanan.
Tidak habis dengan aktiviti di Bor Thor Pier ini, kami menuju ke Treetop Adventure Park di Krabi. Kami buat beberapa aktiviti lasak. Antara yang menarik, memanjat tali. Ada aktiviti menarik dan punyai 4 courses utama sebanyak 50 jenis permainan yang boleh anda cuba.
Menarik dan memang mengujakan. Itu yang boleh MrJocko katakan. Seharian di sini memang tak puas. Agak menggerunkan tetapi ia berbaloi. Tunggu cerita penuh MrJocko tentang aktiviti menarik di Treetop Adventure Park Krabi ini.
Jadi jika ke Krabi, jangan hanya ingat ada laut dan makanan. Aktiviti menarik di Krabi juga perlu anda cuba dan cabar diri. Dengar kata di Krabi juga ada Wall Climbing activities yang sangat terkenal di dunia.