Site icon Travel Blogger Malaysia

Trip #TravelLawak Tokyo Day 2 Teaser

Trip #TravelLawak Tokyo memasuki hari kedua dan kami hari ini akan pusing satu Tokyo dengan bantuan member MrJocko iaitu Atsushi, rakyat Jepun yang MrJocko kenal semasa trip ke Kuching beberapa tahun yang lepas. Sebelum ni Atsushi pernah berkerja di Malaysia selama 2 tahun, dan kembali ke Jepun pada tahun 2013.

Dari Higashi-Jujo kami menaiki train ke Shimbashi dan singgah untuk sarapan sambil menaiki train menuju ke Odaiba. Di sini, ada terletak nya beberapa shopping mall termasuk bangunan syarikat TV terkenal Fuji Television Japan.

Terletak berhampiran bangunan ini ialah salah satu tarikan utama iaitu Gundam Square, patung raksaksa watak robot Gundam terbesar di Jepun. Watak Gundam adalah watak terkenal untuk kartun dari Jepun sejak zaman MrJocko masih kecil.

 
Trip Best Ke Tokyo #TravelLawak
Trip Best Ke Tokyo #TravelLawak
 

Dari Odaiba, kami menaiki train lain menuju ke lokasi istimewa, lokasi kedai aksesori motorsikal terbesar di Tokyo, dikenali dengan nama Ricoland, terletak di Tokyo Bay, Jepun. Bagi yang nak ke sini, InsyaAllah, MrJocko akan siapkan entry khas untuk Ricoland, syurga peminat motosikal berkuasa tinggi di Tokyo.

Alhamdulillah, MrJocko berjaya membawa pulang hadiah untuk diri sendiri dari Ricoland untuk dipadankan dengan jentera Ducati Monster 795. Kalau ikutkan, banyak lagi benda yang nak dibeli, tetapi bukan senang nak bawa balik dan banyak benda harga agak mahal kerana produk yang limited.

 

 

Dari Tokyo Bay, kami ubah haluan ke Harajuku untuk melihat sendiri sejarah dan kebudayaan orang Jepun. Anda pasti akan teruja melihat betapa ramainya remaja dan orang Jepun berada di Harajuku, dengan tanpa tujuan yang khusus. Hanya datang semata-mata nak berjalan di Harajuku. Cerita penuh di entry akan datang.

Penutup untuk hari kedua #TravelLawak kami makan malam di Restoran Turki, Yanaka Street bandar lama dekat Nippori Station. Kami makan kebab dan menu nasi arab. Masa inilah kami rasai gegaran kesan dari 8.5 Gempa Bumi pada 30 Mei 2015 yang melanda Tokyo. Alhamdulillah, kami selamat.

Untuk anda yang menunggu cerita trip best ke Tokyo, tunggu entry penuh dari MrJocko.

 

Exit mobile version