Site icon Travel Blogger Malaysia

Trip #TravelLawak Tokyo Day 3 Teaser

Hari Ke-3, kami masih di Tokyo dan ada beberapa lokasi lagi yang perlu kami jejak. Untuk hari ini, kami cadang nak ke Tokyo Skytree, Roppongi, Ginza dan ke Shinjuku. Ini antara lokasi wajib singgah kalau Melancong ke Tokyo kerana masing masing ada tarikan yang menarik. Tarikan untuk bawa anda sekali lagi ke Tokyo, Jepun.

Kami keluar dari hotel sekitar jam 10.00 pagi. Waktu ini, matahari dan terpacak panas dia atas kepala. Cuma angin dingin di Tokyo, buat kami masih selesa. Dari stesen JR penginapan kami ke Stesen Tokyo untuk melihat bangunan yang menjadi tarikan utama di Tokyo sejak tahun 2012, iaitu Tokyo Skytree. 

Banyak yang menarik di Tokyo Skytree termasuk beberapa muzium yang berada di bawah bangunan ini. Kalau boleh, ada masa cuba alami pengalaman di Aquarium yang terletak di bawah Tokyo Skytree Town atau jelajah muzium lain sekitarnya. Di perkarangan Tokyo Skytree juga, ada banyak pertunjukkan PERCUMA jika anda nak luangkan masa sebelum menaiki ke observation Deck, Tokyo Skytree.

tokyo_skytree_01

Dari Tokyo Skytree Town, kami menuju ke Roppongi Station dan mencari kedai Hard Rock Cafe Tokyo. Selang 5 minit berjalan, kami berjaya temui Hard Rock Cafe dan sempat beli beberapa helai T-shirt Limited Edition di Hard Rock Cafe Tokyo. Yang ni memang special dan limited.

Untuk pengalaman kami, Ginza merupakan destinasi yang premium dan kawasan shopping golongan elit yang mesti dijejaki. Di sini ada pelbagai outlet kedai jenama mahal dan eksklusif premium untuk anda yang kaya raya, dari jenama antarabangsa dan jenama premium Jepun. Paling best, boleh shopping di Uniqlo Ginza yang menawarkan pelbagai produk Uniqlo yang murah untuk kenangan di Ginza.

Hari Ke-3 kami di Tokyo, #TravelLawak, kami luangkan malam hari di Shinjuku. Lokasi semestinya sekitar kedai-kedai jualan barangan secondhand di Shinjuku dan juga melalu lorong-lorong panas di Kabukicho, kawasan yang sememangnya menjadi tarikan ramai pelancong untuk menerokai nadi night life di Shinjuku. Tapi berhati-hati. Nanti MrJocko kongsikan kemudian kisah dan rahsia di Kabukicho Street.

Penat, tetapi happy. Jam 12.00 tengah malam, kami menaiki keretapi dan subway kembali ke hotel dengan senyuman kepuasan untuk trip hari Ke-3 di Tokyo.

Exit mobile version