Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Trip #TravelLawak Tokyo Day 4 Teaser

Hari terakhir di Tokyo, kami cuma target lokasi di Ueno Street sahaja memandangkan kami bercadang untuk terus menaiki train dari Ueno ke Haneda Airport. Selepas check-out jam 11.oo pagi, kami berkemas dengan barang-barang dan beg menuju Ueno untuk shopping hari terakhir di sana, memandangkan ia dalam satu jalan yang sama dan ada banyak kedai yang boleh kami pilih.

Rupanya, MrJocko ter’miss’ untuk ke Akihabara dan juga Textile Town di Nippori. Oleh kerana mengikut jadual memang tidak sempat untuk ke Akihabara, maka MrJocko decide untuk singgah di Nippori Textile Town sahaja. Ini kerana, dari Ueno Station menuju ke Nippori Textile Town hanya mengambil masa cuma 2 station sahaja dan sekitar 15 minit sahaja.

trip bajet ke tokyo 01 trip bajet ke tokyo 02 trip bajet ke tokyo 04 trip bajet ke tokyo 05

Memandangkan Man Raja Lawak dan Hafidz tidak berminat untuk membeli kain cotton Jepun, MrJocko dan Azmi sajer yang bergegas ke Nippori Textile Town. Cadangnya nak beli kain cotton Jepun yang memang murah, dengan harga serendah 100 Yen (RM3.10) bagi setiap meter. Memang murah dan hanya ada di Nippori Textile Town Tokyo. 

Sebelum ni memang tak pernah terfikir nak beli kain cotton Jepun, tetapi bila dah sampai di Nippori Textile Town Tokyo, mata dah kelabu melihat banyaknya kain cotton Jepun yang murah dengan harga bermula dari 100 Yen sahaja setiap meter.

Alhamdulillah, duit Yen ada lagi, sempat la borong 40 meter kain pasang kain cotton Jepun. Terbaik. InsyaAllah kalau sesiapa nak tahu lebih lanjut tentang tempat nak beli kain cotton murah di Jepun, MrJocko akan kongsi di entry akan datang, Nippori Textile Town.

Selesai shopping kain cotton Jepun, MrJocko kembali ke Ueno dan terus naik train ke Hamamatsucho dan naik Monorel ke Haneda Airport. Kami sampai di airport Haneda Tokyo jam 6.00 petang dan flight kami akan berlepas sekitar jam 11.00 malam waktu Jepun.

InsyaAllah ada banyak yang MrJocko nak share untuk #TravelLawak ini. Tunggu entry sepenuhnya di Blog MrJocko Dot Com.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.