Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Meninggal Dunia 12 Februari 2015

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Meninggal Dunia 12 Februari 2015. Hilang seorang lagi seorang Ulamak yang disegani seluruh dunia, seorang tokoh politik yang paling unik di Malaysia serta seorang insan yang banyak memberi insprasi kepada insan lain samada kawan atau lawan.

Beliau adalah seorang Tokoh Agama paling berpengaruh di Malaysia setakat ini. Ikon kepada rakyat Kelantan khususnya, beliau seorang wakil rakyat yang dikatakan hampir sempurna di mata orang Kelantan, malah di seluruh Malaysia. Mungkin kita tidak akan jumpa tokoh seperti beliau lagi di kemudian hari.

Baca : Nik Aziz Tahnik Bayi Baru Lahir Di Masjid

 


Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Meninggal Dunia 12 Februari 2015

Nik-Aziz-Meninggal

 

Sumber dari Berita Harian Online

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat, selepas menerima rawatan selama 25 hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 9.40 malam di sisi ahli keluarganya, di rumahnya di Pulau Melaka, kira-kira satu jam selepas keluar daripada HUSM.

Bapa kepada 10 orang itu meninggalkan balu, Tuan Sabariah Tuan Ishak, menghidap penyakit kanser prostat tahap empat.

Al-Fatihah buat Tuan Guru yang paling disegani di Malaysia setakat ini iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang telah di sahkan meninggal dunia pada jam 9.45 malam, 12 Februari 2015 di kediamannya Pulau Melaka, Kelantan.

Untuk informasi semua, Tok Guru Nik Aziz ialah Mursyidul AM Pas, dan menjawat jawatan tersebut sejak dulu. Beliau antara tokoh politik dari blok pembangkang di Malaysia paling disegani di seluruh Malaysia kerana sifat dan dirinya yang begitu alim dan bercakap berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

MrJocko sebagai rakyat yang berasal dari Kelantan turut terasa kehilangan Tuan Guru Nik Azik Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan.

Salam Takziah buat keluarga Allahyarham dan untuk seluruh rakyat Kelantan. Semoga Allah memberkati dan merahmati roh Tuan Guru Nik Aziz dan berada dikalangan orang yang beriman. Aminnn…

Facebook : www.facebook.com/MrJockoChannel
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.