Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tugas Saya Sebagai Perunding Kewangan Anda Kami Bantu Anda

Tugas Saya Sebagai Perunding Kewangan? Ada yang bertanya. Tapi ada juga yang menyindir kami sebagai orang yang ambil kesempatan. Maklumlah, kerja kami untuk memujuk orang untuk menyimpan duit, walaupun sedikit ke dalam akaun Unit Amanah bagi tempoh masa yang lama. Susah.

Antara masalah atau situasi yang tak best bila bekerja sebagai Perunding Kewangan ini ialah ada antara kawan-kawan atau sahabat tidak faham peranan MrJocko sebagai Perunding Kewangan. Ramai yang salah beranggapan bahawa tugas dan kerja Perunding Kewangan ini hanyalah mencari peluang untuk menjual produk kewangan serta mengambil kesempatan atas komisen dalam transaksi tersebut. Itu SALAH !!!

Baca : Ajar Anak-Anak Menyimpan Duit

 


Tugas Saya Sebagai Perunding Kewangan Anda

Kerja kami, Tugas Sebagai Perunding Kewangan dianggap lebih PAKAR dan Professional kerana kami memperuntukkan masa kami untuk belajar serta mendapatkan LESEN dalam bidang Perundingan ini di bawah kelolaan Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM), sebuah badan yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen serta memantau aktiviti kami, supaya mengikut undang-undang yang terkandung dalam Visi, Misi dan Objektif FIMM.

Baca : Kerjaya Yang Bagus Di Syarikat Paling Besar Di Malaysia

 



 

Tugas Saya Sebagai Perunding Kewangan Anda

tugas-perunding-kewangan
 

Cuba pandang kami, Perunding Kewangan, dari sudut menyediakan serta memberikan khidmat runding cara serta cadangan untuk pelanggan atau klien dalam merancang kewangan mereka untuk masa sekarang dan masa hadapan? Ambil kami sebagai ‘staff’ yang anda tidak perlu membayar gaji setiap bulan. Dalam masa sama, ambil peluang untuk dapatkan maklumat tentang cadangan perancangan kewangan yang berkesan dan cadangan-cadangan yang bersesuaian dengan cara hidup anda.

Banyak yang boleh MrJocko kongsi kan tentang Tugas Saya Sebagai Perunding Kewangan anda, tapi ia perlukan masa untuk anda faham…

Tugas Saya Sebagai Perunding Kewangan Anda
Tugas sebagai Perunding Kewangan

 

Anda mungkin mempunyai sumber kewangan yang cukup dan banyak. Tetapi jika anda tidak merancang dengan baik, mungkin sumber tersebut akan :
1. habis dalam masa yang singkat. 
2. anda bazirkan kepada perkara yang tidak perlu
3. gagal menggandakan aset yang ada sedangkan anda punyai peluang
4. tidak dapat mewariskan aset tersebut kepada isteri atau anak-anak

Anda mungkin bukan seorang yang ada harta atau aset yang banyak, tetapi dengan perancangan kewangan yang bijak dan bersesuaian, tidak mustahil anda akan dapat mengumpul harta untuk tujuan kegunaan dan perbelanjaan anda sekeluarga pada masa hadapan.

Ingin tahu lebih lanjut? Nak tahu Tugas Saya Sebagai Perunding Kewangan? We Should Talk!!! 🙂

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.