Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tugu Negara Kuala Lumpur Tugu Peringatan Wira Malaysia

Tugu Negara Kuala Lumpur yang terletak di ibukota memang menjadi pilihan ramai pelancong luar negara jika mereka melancong ke Malaysia. Ramai yang datang ke sini adalah untuk melihat sendiri National Monument ini sebagai tanda dah sampai Malaysia. 

MrJocko terpaksa akui bahawa, ini adalah kali pertama kami sekeluarga datang ke Tugu Negara. Anak-anak MrJocko antara yang paling teruja bila sampai di sini. Antara yang ditanya, kenapa Tugu ini dibuat? 


Tugu Negara Kuala Lumpur

Tugu-Negara-Kuala-Lumpur
Tugu_Negara_Kuala_Lumpur

Tugu Negara merupakan seni arca untuk memperingati mereka yang terkorban dalam perjuangan Malaysia dalam menuntut kemerdekaan, terutamanya terhadap tawanan Jepun semasa Perang Dunia Ke-2 dan zaman Darurat yang berlangsung dari tahun 1948 sehingga 1960. Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berdekatan dengan Taman Tasik Titiwangsa dan Bangunan Parlimen Malaysia.

Ia adalah tugu gangsa tertinggi di dunia freestanding kumpulan arca. Setiap tahun pada 31 Julai pada Hari Pahlawan, Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan ketua-ketua tentera dan polis akan membuat penghormatan kepada wira-wira Malaysia yang telah gurgur di medan peperangan dalam Perang Dunia Ke-2 tersebut.

Tugu_Negara_Kuala_Lumpur

 

Tugu-Negara-Kuala-Lumpur

 

Tugu Negara Kuala Lumpur : Tugu Peringatan Wira Malaysia

 

Tugu Negara Kuala Lumpur : Tugu Peringatan Wira Malaysia

Tugu Negara Kuala Lumpur

Tugu Negara ni memang tempat yang boleh kita lawati setiap masa jika anda berada di Kuala Lumpur kerana ruang parking di sini adalah percuma, masuk percuma dan juga ia penuh dengan sejarah dan tinggalan sejarah Malaysia. Kalau kita hayati, ia akan meninggalkan kesan mendalam kepad akita semua rakyat Malaysia. 

Bagi MrJocko, lokasi Tugu Negara adalah antara Tempat Menarik Di Kuala Lumpur dan ia tempat wajib lawat jika di Malaysia.

MrJocko dah sampai di Tugu Negara, bagaimana dengan anda semua?

 

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.