Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kat Mana Nak Tukar Duit Rosak Atau Duit Cacat Di Kuala Lumpur

Pernah tiba-tiba terima duit rosak atau duit cacat? Mungkin anda risau sebab takut tak boleh guna atau mungkin risau ia adalah duit palsu. Untuk makluman, kalau nak tahu, Kat Mana Nak Tukar Duit Rosak Atau Duit Cacat Di Kuala Lumpur, boleh pergi terus ke kaunter BNM Link di bangunan Bank Negara Malaysia Kuala Lumpur yang beralamt di Jalan Dato Onn.

Duit yang terkoyak, termakan anai-anai, terhilang warna akibat terkena cecair, cacat renyuk akibat panas dan sebagainya mungkin boleh diganti di sini. Tetapi, kalau ia duit yang diconteng dengan pen atau dakwat kekal, atau duit palsu, kemungkinan tidak boleh ditukar atau diganti.

Baca : Cerita Terkini Tentang Bank Negara Malaysia

 



 

Tukar Duit Rosak Atau Duit Cacat Di Kuala Lumpur

Tukar Duit Rosak Atau Duit Cacat Di Kuala Lumpur
 

Sebagai pandauan, saya kongsi informasi penting tentang ‘PROSEDUR DAN GARIS PANDUAN PENILAIAN WANG KERTAS CACAT ATAU ROSAK’

1. WANG KERTAS CACAT
Wang kertas yang keadaan fizikalnya telah berubah, sama ada secara tidak sengaja dicemari dengan air, minyak, cat, dakwat atau bahan yang serupa atau kehilangan sebahagian atau beberapa bahagian daripadanya. Ini tertakluk kepada bahagian atau bahagian-bahagian yang dikemukakan itu dapat dibuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah bahawa bahagian atau bahagian-bahagian yang dikemukakan itu adalah pada asalnya sebahagian atau beberapa bahagian daripada satu helai wang kertas yang tunggal.

Terdapat tiga kategori nilai penebusan bagi wang kertas cacat seperti yang berikut :
(i) Nilai penuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang melebihi dua pertiga (2/3) daripada saiz wang kertas yang asal atau;
(ii) Nilai separuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang melebihi setengah (1/2) tetapi kurang dua pertiga (2/3) daripada saiz wang kertas yang asal atau;
(iii) Tiada nilai bagi sebarang keping wang kertas yang kurang setengah (1/2) daripada wang kertas yang asal.

2. WANG KERTAS ROSAK
Wang kertas yang terdapat padanya perkataan, tanda-tanda, simbol, lukisan,
karikatur sama ada ditulis atau ditanda di atas permukaannya secara sengaja.
(i) Nilai penuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang
mempunyai kerosakan kecil.
(ii) Tiada nilai bagi sebarang keping wang kertas yang rosak dengan sebarang cara yang nyata (iaitu, tanda yang dibuat di atas potret Yang DiPertuan Agong, tulisan yang menggambarkan slogan politik atau menggunakan wang kertas itu sebagai kad jemputan/pad tulis).

3. KES-KES YANG MERAGUKAN
Sebarang kes yang meragukan yang menyukarkan penilaian dibuat disebabkan wang kertas itu dalam keadaan yang sudah rosak (sebagai contoh, satu helai wang kertas yang terbakar dengan teruk atau kerosakan pada wang kertas yang sukar menentukan saiznya) hendaklah dirujuk pada Bank Negara Malaysia untuk penilaian.
 

Tukar Duit Rosak Atau Duit Cacat Di Kuala Lumpur

Tukar Duit Rosak Atau Duit Cacat Di Kuala Lumpur
 

Baca : MrJocko dan Informasi

MrJocko sendiri sudah beberapa kali singgah di BNM Link Kuala Lumpur, bangunan Bank Negara Malaysia untuk tukar duit rosak dan duit cacat kebanyakkannya ialah dari nilai RM1, RM5 dan duit RM10. Alhamdulillah, hampir semua nilai yang ditukar dapat diganti balik dan terima dengan jumlah yang penuh.

Untuk nilai wang yang koyak lebih separuh, atau di makan anai-anai lebih separuh, nilai hanya akan diberikan sekadar separuh dari nilai wang kertas tersebut. Walaubagaimana pun ia bergantung kepada budi bicara dan penilaian pegawai terlibat.

Untuk menukar wang rosak atau cacat sekadar sekeping atau dalam kuantiti yang sedikit, hanya perlu ke kaunter dan tukar dengan segera. Namun jika ada banyak, seperti yang MrJocko buat ini, anda perlu melekatkan wang rosak atau wang cacat tersebut pada kertas yang disediakan dan mengisi borang khas untuk tujuan rekod.
 

Tukar Duit Rosak Atau Duit Cacat Di Kuala Lumpur
 

Alhamdulillah, tak sampai 5 minit selepas menyerahkan borang di kaunter, MrJocko terima jumlah penuh untuk nilai tukarang wang rosak dan wang rosak untuk kali ini.

Maklumat lanjut, layari laman web Bank Negar Malaysia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.