Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tukar Filter Aircond Kereta Pulak

Biasanya kalau korang pakai kereta, berapa lama korang perlukan untuk tukar filter aircond kereta korang? Setahun sekali, Dua tahun sekali, atau bila dah tak sejuk baru tukar??? Isk isk isk…
Tempoh yang betul, MrJocko sendiri pun tak tahu, cuma kita ambik contoh masa kita servis aircond kat rumah. Selalunya orang servis aircond rumah sebulan sekali. Itu bagi yang rajin. Yang malas, mungkin lama sikit. Kalau rajin servis filter aircond, udara pun segar dan sejuk. Sama juga dengan kereta.
Dulu malas nak tukar, tapi bila dapat tahu cara tukar filter aircond kereta ni murah jer, MrJocko ambik inisiatif untuk tukar setahun sekali. Lagipun harga filter tu cuma RM20++ sahaja dan kita boleh buka dan pasang dengan mudah.

Tengok la filter yang dah lama pakai. Hitam dan penuh dengan habuk. Kalau macam ni, udara segar nak keluar pun susah. So, sempena nak balik raya, jom servis filter kereta aircond korang. Biar kereta korang sejukkk bila time balik kampung.

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.