Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tukar Kad Pengenalan Di JPN Wilayah

Kad Pengenalan aku dah lama rosak Cip. Nak tukar IC Baru, tak sempat. Asyik busy, banyak kerja, banyak hal lain dan macam-macam. Hingga lah, last week aku cuba nak buka akaun di Bank, tak boleh. Alasannya kerana perlukan Kad Pengenalan untuk tujuan pengesahan Biometrik bila nak buka akaun. Adusss… tak ada cara lain, aku terpaksa tukar kad pengenalan baru.
Mulanya aku ingat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Maju Junction masih ada, sekali di beritahu, dah berpindah ke bangunan baru di Kompleks Kementerian Dalam Negeri. Kat mana tu??? Puas lah aku google dan memang tak jumpa. yang ada alamat sahaja, terletak di Jalan Hartamas 1 Off Jalan Dutamas 1. 
Aku pun gerak la ke sana, pusing mula-mula ingatkan kat area LHDN dan Bangunan Mahkamah Persekutuan, sekali aku tak jumpa. Bila call no JPN Wilayah, baru diorang bagitahu yang ofis diorang di kawasan Publika, area nak ke Hartamas. Baru la aku jumpa. So, harap pihak berkaitan UPDATE info Map Lokasi JPN Wilayah ni dengan betul.
Setelah puas pusing, baru jumpa. Senang jer sebenarnya. Bangunan ni bersebelahan dengan Bangunan Mahkamah Shariah. Senang jer. Parking jer susah sikit. Kena cari dua tiga kali baru dapat parking..

Masuk jer kat dalam tu ada banyak lagi department termasuk Jabatan Imigresen. Aku masuk ke JPN, ambik nombor dan tunggu giliran. Memang kejap jer pun. Tak sampai 5 minit aku di panggil, urusan data, dan kemudian kejap jer boleh ambik gambar. Sangat cepat. Tak sampai 30 minit.

Paling aku respek Makcik tukang ambik gambar ni. Professional beb. Semua orang dengar arahan dia. Caya lah makcik. So sesiapa nak tukar IC baru, pergi la buat. Senang dan cepat. Boleh ikut peta yang aku attached ini. 

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.