Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destinations

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Türkiye Bersedia Untuk Musim Panas 2021 Safe Tourism Turkey

Türkiye Bersedia Untuk Musim Panas 2021 Safe Tourism Turkey. Salah sebuah peneraju dalam bidang Pelancongan Selamat, Türkiye (Turki) telah bersedia untuk ketibaan musim panas 2021 dengan langkah-langkah keselamatan yang diperketatkan. Dilancarkan oleh Türkiye pada bulan Jun 2020, Sijil Pelancongan Selamat (Safe Tourism Certificate) mengiktiraf entiti-entiti yang terlibat secara langsung dengan sektor pelancongan yang mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa, termasuk lapangan terbang, tempat penginapan, restoran, kafe, tempat kebudayaan, kemudahan seni dan persidangan, kemudahan pelancongan dan pengangkutan marin, taman tema dan kemudahan lif ski.

Nampaknya, mereka sangat-sangat bersedia untuk kembali membawa pelancong untuk masuk ke negara ini dalam jangkamasa terdekat, dengan perlaksanaan pematuhan standard antarabangsa yang ketat tetapi lebih mudah dan selamat. Ia boleh dilihat dengan kempen Safe Tourism Turkey sebelum ini.

Baca : Tempat Paling Popular di Turki Hagia Sophia

 


Türkiye Bersedia Untuk Musim Panas 2021 Safe Tourism Turkey

tempat-menarik-di-turki copy

Gambar : Pixabay.com
 

Lebih daripada 9,800 syarikat perniagaan telah mendapat pensijilan tersebut yang telah memasuki tahun kedua pelaksanaannya. Bemula tahun 2021, Türkiye telah mewajibkan pensijilan ini untuk semua tempat penginapan dengan kapasiti katil berjumlah 30 buah dan ke atas. Türkiye juga telah mengutamakan warga kerja sektor pelancongan dalam skop program vaksinasi kebangsaannya dan telah bersedia untuk musim panas 2021 dengan piawaian-piawaian keselamatan yang tinggi.
 

Türkiye Bersedia Untuk Musim Panas 2021 Safe Tourism Turkey 1

Türkiye Bersedia Untuk Musim Panas 2021 Safe Tourism Turkey 2
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Türkiye, Mr. Mehmet Nuri Ersoy

safe tourism turkey
 

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Türkiye, Encik Mehmet Nuri Ersoy, turut memaklumkan tentang persediaan untuk ketibaan musim panas 2021 di satu majlis yang dihadiri oleh duta-duta negara asing ke Türkiye pada 21 – 23 Mei 2021.”Türkiye adalah salah sebuah negara pertama di dunia yang melancarkan Program Pensijilan Pelancongan Selamat pada bulan Jun 2020,” kata Encik Ersoy.

“Pada tahun 2020, kami telah mengalu-alukan ketibaan 16 juta pelancong ke negara kami. Keselamatan dalam sektor pelancongan telah diberi keutamaan tahun lalu dengan pelancaran program pensijilan yang telah menjadi salah satu amalan yang terbaik di dunia.”

“Dengan mengamalkan langkah-langkah yang selamat, efektif dan berdisiplin, program pensijilan kami telah menjadi salah satu pelaksanaan yang paling berjaya di dunia dan mendapat hasil yang cemerlang pada musim yang lalu.”

“Pertama sekali, kami telah mewajibkan pensijilan bagi tempat-tempat penginapan dengan bilangan katil berjumlah 30 buah dan ke atas, serta meningkatkan kekerapan pemeriksaan bagi memastikan syarikat-syarikat perniagaan yang telah medapat pensijilan dapat mengekalkan pensijilan mereka. Di bawah program vaksinasi kebangsaan kami, lebih daripada 27 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyat Turki sehingga hari ini. Program vaksinasi ini yang mengutamakan warga kerja pelancongan akan terus dipertingkatkan pada bulan Jun tahun ini.”

“Tahun 2021 bakal menjadi tahun yang selamat untuk musim pelancongan” kata Encik Ersoy, “Türkiye adalah negara peneraju dalam pelancongan selamat tahun lalu. Keselamatan akan dipertingkatkan pada tahun 2021. Kami sudah bersedia untuk musim panas 2021 dengan lebih daripada 10,000 kemudahan pelancongan yang telah mendapat pensijilan di serata Türkiye.”

Layari lama web Safe Tourism Turkiye

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.