Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Turtle Hatchery Di Glory Beach Resort Port Dickson

 

Kalau anda mencari Turtle Hatchery di Port Dickson, anda boleh ke Glory Beach Resort. Glory Beach Resort, Port Dickson bukan sahaja lokasi penginapan pelancong jika ke Port Dickson Negeri Sembilan, tetapi ia juga bertindak sebagai Pusat Penetasan dan Pembiakan Penyu di Port Dickson. Ini cerita Turtle Hatchery Di Glory Beach Resort Port Dickson.

Glory Beach Resort dengan kerjasama Pusat Perikanan Malaysia dan juga FRI Rantau Abang, Terengganu memainkan peranan yang besar dalam sumbangan kepada Komuniti dengan menyediakan tempat penetasan telur-telur penyu ini setiap tahun.

Turtle Hatchery Di Glory Beach Resort Port Dickson

 

Turtle Hatchery Di Glory Beach Resort

 Di pusat penetasan dan pembiakan anak-anak penyu di Glory Beach Resort Port Dickson ini, mereka menyediakan khidmat perlindungan kepada telur-telur penyu, menetaskan anak-anak penyu, membiakkan mereka serta melepaskan anak-anak penyu ke laut.

Turtle Hatchery Di Glory Beach Resort

Turtle Hatchery Di Glory Beach Resort

 

 

Di pusat penetasan dan pembiakan anak-anak penyu di Glory Beach Resort Port Dickson ini, mereka menyediakan khidmat perlindungan kepada telur-telur penyu, menetaskan anak-anak penyu, membiakkan mereka serta melepaskan anak-anak penyu ke laut.

Di samping itu, Glory Beach Resort juga menyediakan satu lokasi khas untuk penyu-penyu dewasa sebagai bahan kajian dan perkongsian maklumat dengan pengunjung atau pelancong yang berminat untuk mengetahui tentang kehidupan penyu.

 

Teruja kerana ini pertama kali MrJocko mendapat peluang memegang penyu dewasa dan anak penyu dengan tangan sendiri. Pengalaman memberi makanan dan bermain dengan anak penyu memang sesuatu yang menakjubkan. 

 

 

 

Turtle Hatchery Di Glory Beach Resort

 

Turtle Hatchery Di Glory Beach Resort

 

 

Antara jenis penyu yang ada dan pernah singgah di Malaysia termasuk Penyu Belimbing, Penyu Karah/Sisik. Penyu Agar dan juga Penyu Lipas. Kalau dulu, banyak penyu-penyu singgah bertelur di Rantau Abang atau di pantai Port Dickson ini, tetapi kini, semakin hari semakin kurang akibat kepupusan dan pembangunan yang tidak terkawal. Oleh itu, inisiatif dari pihak Glory Beach Resort PD ini dalam membiakkan jenis penyu seperti ini patut di puji.

 

Dunia kini mengalamai masalah kepupusan Penyu yang serius. Daripada beratus-ratus ribu anak-anak penyu yang dilepaskan ke laut, hanya beberapa ekor sahaja yng berjaya hidup sehingga umur dewasa. Selebihnya akan mati akibat kesan pencemaran, di makan burung, mati tertelan plastik dan menjadi makanan ikan-ikan besar yang lain.

 

Oleh yang demikian, kesedaran perlu untuk kita sama-sama menjada kebersihan laut dan elakkan dari memakan telur penyu supaya generasi Penyu ini akan dapat membiak dan di warisi kepada anak cucu kita pada masa yang akan datang 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.