Turtle Watch Camp Di Mersing Pusat Pemeliharaan Penyu
|Pulau Tengah Mersing bukan sahaja terkenal dengan kecantikkannya, tetapi ia juga terkenal dengan satu pusat pemuliharaan habitat penyu yang memberi fokus dalam menyelamatkan ratusan telur-telur penyu yang ada di sekitar pantai Pulau Tengah Mersing ini. Ia dikenali sebagai Turtle Watch Camp Pulau Tengah Mersing.
Turtle Watch Camp (TWC) telah dibangunkan bersama Taman Laut untuk meningkatkan kelangsungan hidup anak-anak penyu penyu laut dan telur diletakkan di pulau Tengah dan pulau-pulau sekitar Johor, melalui penetasan dikawal dan pemantauan sarang semula jadi. Menggalakkan dan menggubal pemuliharaan alam sekitar.
Inisiatif ini adalah usaha persendirian dari pihak Pulau Tengah dan turut membuka peluang ‘Volunteer Workers’ kepada mereka yang berminat dalam membantu usaha pihak TWC untuk memelihara kelangsungan hidupan laut ini.
Turtle Watch Camp Di Mersing Pusat Pemeliharaan Penyu
Turtle Watch Camp (TWC) ialah usaha sukarelawan dalam membantu memantau, membuat rondaan dan melepaskan anak-anak penyu yang diselamatkan di sini. Selain itu, ada juga terlibat dalam beberapa projek dan program pendidikan untuk menggalakkan pemuliharaan penyu.
Di Turtle Watch Camp ini anda berpeluang untuk mempelajari tentang kehidupan penyu dan cara pihak sukarelawan menguruskan Pusat Pemuliharaan Penyu ini. Anda boleh melihat dari tempoh ia diselamatkan dari mula ibu penyu bertelur, sehingga ke lokasi pengeraman dan penetasan.
Pusat Pemuliharaan Penyu Pulau Tengah
Di sini ada beberapa pekerja volunteer bekerja untuk menguruskan proses ini dan ia berlaku sepanjang musim penyu bertelur.
Ini kelebihan yang anda boleh jumpa kalau bercuti di Pulau Tengah Mersing dan mungkin tidak ada di lokasi lain. Bukan sahaja pantai cantik, pulau yang terbaik, resort yang eksklusif di Kepulauan Mersing.
InsyaAllah, kalau ada peluang MrJocko akan ke sana lagi. Kalau ada kesempatan, nak ambil pakej untuk buat program volunteer di pusat pemuliharaan penyu Turtle Watch Camp di Mersing ini.
Pusat Pemerhatian Penyu Mersing
Turtle Watch Camp (TWC) dibangun di samping Taman Laut untuk meningkatkan kelangsungan hidup anak-anak penyu dan telur penyu di pulau Tengah dan pulau-pulau di sekitarnya Johor, melalui penetasan terkawal dan pemantauan sarang semula jadi. Mempromosikan dan melaksanakan pemuliharaan persekitaran.